real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 6 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

PENILAIAN SUMATIF 3 (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN – PAT ) /2017 (OKTOBER) PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 20 October 2017 00:51

Tarikh/ Hari

Mata Pelajaran

Tahap 1 (Tahun 1-3)

Tahap 2 (Tahun 4-6)

12 OKT 2017

KHAMIS

Bahasa Arab

(Murid Islam sahaja)

7.45-8.45 pagi (1 jam)

Pendidikan Jawi

(Murid Islam sahaja)

11.15-12.15 tgh (1 jam)

23 OKT 2017

ISNIN

Pendidikan Muzik

9.45-10.45 pagi (1 jam)

8.15 - 9. 15 pagi (1 jam)

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

11.15-12.15 tgh (1 jam)

24 OKT 2017

SELASA

Bahasa Melayu

(Pemahaman)

7.45-9.00 pagi (1¼ jam)

Bahasa Melayu

(Penulisan)

9.50 -11.05 pagi (1¼  jam)

11.15-12.30 tgh (1¼ jam)

Pendidikan Agama

Islam & Pendidikan Moral

11.20 -12.20 tgh (1 jam)

12.45-1.45 ptg (1 jam)

25 OKT 2017

RABU

Bahasa Inggeris  (Pemahaman)

7.45- 9.00 pagi  (1¼  jam)

Bahasa Inggeris (Penulisan)

10.15-11.30 pagi (1¼  jam)

11.15-12.30 tgh (1¼ jam)

Teknologi Maklumat & Komunikasi

12.45 -1.45 ptg (1 jam)

26 OKT 2017

KHAMIS

Matematik – Kertas 1

7.45 -8.45 pagi (1 jam)

Matematik – Kertas 2

9.45-10.45 (1 jam)

11.15-12.15 tgh (1 jam)

DLP- Matematik

(Tahun 3 sahaja)

11.00-12.00 tgh (1 jam)

Sejarah

12.45-2.00 ptg ( 1¼ jam)

27 OKT 2017

JUMAAT

Sains – Kertas 1

7.45 -8.45 pagi (1 jam)

Sains – Kertas 2

9.45-10.45 (1 jam)

10.45 -11.45 pagi (1 jam)

DLP- Sains

(Tahun 3 sahaja)

11.00-12.00 tgh (1 jam)

30 OKT 2017

ISNIN

Reka Bentuk & Teknologi

8.15-9.15 pagi (1 jam)

Pendidikan Seni

& Visual

10.00 - 12.00 tgh (2 jam)

11.00 -1.00 ptg  (2 jam)

Ejaan dan Rencana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

31 OKTOBER -3 NOVEMBER 2017

  • Tarikh Peperiksaan Bahasa Arab dan Pendidikan Jawi ditetapkan oleh JPWP.
  • Murid Tahun 6 hanya menduduki peperiksaan bukan teras sahaja

Perhatian:

 

  • Ejaan dan Rencana (BM & BI) akan dijalankan pada tarikh antara 31 OKT-3 NOV 2017 .
  • Diharapkan murid-murid dapat menghadirkan diri pada tarikh-tarikh penting di atas untuk  mengelakkan sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan prestasi kedudukan murid  dalam kelas dan kenaikan kelas untuk  tahun berikutnya .
  • Semakan kertas jawapan bersama murid (kertas yang telah ditanda oleh guru) akan dijalankan setelah selesai penandaan, oleh itu murid-murid dinasihatkan hadir ke sekolah setiap hari untuk  membuat semakan dan perubahan markah sekiranya ada.
  • Aktiviti kokurikulum ditangguhkan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
  • Sebarang perubahan markah tidak akan diterima selepas perbincangan bersama guru mata pelajaran berkenaan kecuali atas alasan tertentu (tidak hadir dan lain-lain).

 

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN , SEMOGA BERJAYA DAN TERUS CEMERLANG

 

TERIMA KASIH

Last Updated on Friday, 20 October 2017 01:08
 
Selamat Bersara Pn Lily PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 16 October 2017 11:31

06 Okt 2017 (Jumaat) - Hilangnya sebutir lagi permata di SK Seri Bintang Utara. Pn Lily Rashimah Bt Abd Rasool, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menamatkan perkhidmatan setelah lebih 39 tahun menabur bakti dalam dunia pendidikan. Menarik mengenai perkhidmatan Pn Lily, beliau hanya berkhidmat di sekolah yang sama sejak beliau melapor diri sebagai guru kali pertama pada tahun 1978. Bermula di SRK Bukit Bintang 1 (BBGS) sehinggalah sekolah dipindahkan di tapak sekarang  pada tahun 2001. Kasih sayang beliau terhadap sekolah ini tiada tolok bandingnya. Sekolah ini telah beliau anggap sebagai rumah kedua.

Terima kasih Pn Lily di atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan. Majlis dirancang sebaik mungkin bagi mengenang segala jasa beliau. Bermula dengan perarakan menaiki kereta berhias, beliau disambut dengan persembahan silat seterusnya di bawa ke pelamin dihias indah. Seterusnya adalah ucapan wakil murid, bekas murid, wakil guru, ucapan khas oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan ucapan anak beliau. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat oleh Pn Lily sendiri. Beliau seterusnya dibawa ke Taman Herba untuk menanam pokok sebagai simbolik persaraan.

Pelbagai persembahan disajikan antaranya, persembahan gendang cina, persembahan murid-murid tahun 1 dibawah bimbingan Pn Hafizah dan Cik Nadiah, Persembahan Angklung, Persembahan murid-murid Tahun 5 Cemerlang ( Kelas yang diajar Pn Lily pada tahun ini) yang dibimbing oleh Pn Norsyuhada dan paling istimewa persembahan guru-guru perempuan yang pastinya sangat menyentuh emosi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata. Kehadiran ramai bekas-bekas guru SKSBU yang pernah berkhidmat bersama Pn Lily turut mewarnai majlis sambutan ini.

Terima kasih Pn Lily. Jasa dan bakti pasti dalam ingatan.

Last Updated on Monday, 16 October 2017 12:18
 
Makluman Ibu Bapa/Penjaga PDF Print E-mail
Written by Nalini Thangavelloo   
Thursday, 12 October 2017 14:03

Perhatian kepada ibu bapa Tahun 1 hingga 6,

SKSBU telah diberi peluang untuk menyertai pertandingan anjuran Qooco,( a leading global mobile learning solutions based in Singapore) peringkat Asia yang akan dijalankan secara maya. Sehubungan itu, murid-murid amat digalakkan untuk menyertai pertandingan ini sebagai salah satu platform pembelajaran murid secara berterusan. Berikut merupakan maklumat pertandingan yang berkaitan:

  • Tajuk : Qooco Asia Spelling Bee Cup 2017
  • Tarikh : 14 Okt 2017
  • Masa : 10 a.m.-10p.m.

Cara-cara Penyertaan: Download app via website www.asiaspell.com

Umur: 6-16 tahun

Terima kasih

:four_leaf_
:four_leaf_clov
:four_leaf_cl

Last Updated on Thursday, 12 October 2017 14:12
 
Spell-it-right Challenge Berformat Baru PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 21 August 2017 15:29

Spell-it-right Challenge anjuran akhbar New Straits Times dan RHB Bank yang diadakan setiap tahun ini kini menggunakan format baru. Setiap murid kini berpeluang untuk menyertai pertandingan ini secara dalam talian. Pihak sekolah amat menggalakkan setiap murid untuk menyertai pertandingan ini. Rujuk rajah di bawah untuk mengetahui cara-cara menyertai pertandingan ini. Selamat mencuba dan selamat maju jaya! Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh rujuk kepada Pn Saraswathy.

Last Updated on Monday, 21 August 2017 15:41
 
PENILAIAN SUMATIF PERTENGAHAN SEMESTER 2/2017 (OGOS) PDF Print E-mail
Written by Haslimah Paimin   
Monday, 21 August 2017 12:13

PERHATIAN :

  1. Kedudukan dalam kelas diambil kira berdasarkan mata pelajaran teras sahaja.
  2. Sesi pembelajaran akan dijalankan seperti biasa kecuali masa yang melibatkan peperiksaan .
  3. Diharapkan semua murid dapat menghadirkan diri, kerana peperiksaan ini diambil kira bagi proses kenaikan kelas tahun seterusnya dan peratus mata pelajaran terbaik pada akhir tahun.

 

 
Fiesta Mesra Rakyat PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Thursday, 03 August 2017 14:33

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Selain aktiviti kanak-kanak, turut diadakan pada hari tersebut antaranya sesi ZUMBA, cabutan bertuah, pameran agensi-agensi kerajaan dan JOBS MALAYSIA. Terdapat juga perkhidmatan yang disediakan secara percuma iaitu pemeriksaan mata, jantung, kanser dan gigi serta pelbagai lagi perkhidmatan lain. Fiesta ini merupakan anjuran Kementerian Kewangan bersama Majlis Permuafakatan PIBG Kompleks Seri Bintang.

 
JADUAL PENILAIAN SUMATIF 2 (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017) PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Tuesday, 16 May 2017 14:07

Perhatian:

· Ejaan dan Rencana (BM & BI) akan dijalankan pada tarikh di antara 15 - 16 MEI 2017.

· Diharapkan murid-murid dapat menghadirkan diri pada tarikh-tarikh penting di atas untuk  mengelakkan sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan prestasi kedudukan murid  dalam kelas dan kenaikan kelas untuk  tahun berikutnya .

· Semakan kertas jawapan bersama murid (kertas yang telah ditanda oleh guru) akan dijalankan pada 12 JUN – 16 JUN 2017, oleh itu murid-murid dinasihatkan hadir ke sekolah untuk  membuat semakan dan perubahan markah sekiranya ada.

· Aktiviti kokurikulum ditangguhkan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

· Sebarang perubahan markah tidak akan diterima selepas perbincangan bersama guru mata pelajaran berkenaan kecuali atas alasan tertentu (tidak hadir dan lain-lain).

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN , SEMOGA BERJAYA DAN TERUS CEMERLANG

 

TERIMA KASIH

 
Simpan tarikh ini di kalendar anda... PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi, Mohamad Faiq   
Tuesday, 11 April 2017 14:30

 
Pencarian Pelajar Pintar dan Berbakat (Ujian UKM1) PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 20 March 2017 11:38

Pihak sekolah mensasarkan kesemua murid SK Seri Bintang Utara berusia 8-12 tahun untuk mengambil ujian ini. Adalah diharapkan ibu bapa yang mempunyai akses kepada talian internet dapat memberi galakan kepada anak-anak untuk menduduki ujian tersebut bagi mengisi waktu cuti sekolah ketika ini. Pautan ke laman berkaitan boleh dirujuk pada sebelah kiri laman web sekolah. Ibu bapa dan murid diminta membaca dengan teliti maklumat yang diberikan sebelum memulakan ujian.

 

Last Updated on Monday, 20 March 2017 11:56
 
Bintang Kecemerlangan Tahun 6 PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Monday, 20 March 2017 11:34

Bintang Kecemerlangan ini merupakan pengiktirafan khusus kepada murid tahun 6 yang mencapai kesemua A dalam setiap ujian penilaian/peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi ujian diagnostik yang telah dijalankan, seramai 4 orang murid mendapat pengiktirafan ini. Semoga akan lebih ramai murid yang akan naik ke pentas bagi ujian/penilaian yang seterusnya.

 
Hana Johan Tilawah al-Quran Zon Pudu PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 20 March 2017 11:27

11 Mac 2017 (Sabtu) - Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) 2017 peringkat zon Pudu telah dijalankan di SK Bandar Tun Razak 1. Antara yang dipertandingkan adalah Tilawah al-Quran, Hafazan dan Bercerita. Tahniah kepada wakil sekolah, adik Hana Batrisyia, murid tahun 5 yang muncul Johan bagi pertandingan Tilawah al-Quran kategori perempuan. Adik Hana akan mewakili zon Pudu ke pertandingan peringkat negeri. Sama-sama kita doakan kejayaan murid ini.

Last Updated on Monday, 20 March 2017 12:09
 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini321
mod_vvisit_counterSemalam205
mod_vvisit_counterMinggu Ini1225
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1652
mod_vvisit_counterBulan Ini3561
mod_vvisit_counterBulan Lepas15230

We have: 6 guests online
Sekarang: 15/12/2017 22:06
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.