real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 18 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

JADUAL PENILAIAN SUMATIF 1 (PENILAIAN PERTENGAHAN SEM 1/2017) PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Thursday, 09 March 2017 11:46

PERHATIAN :

 

  1. Kedudukan dalam kelas diambil kira berdasarkan mata pelajaran teras sahaja.
  2. Sesi pembelajaran akan dijalankan seperti biasa kecuali masa yang melibatkan peperiksaan .
  3. Diharapkan semua murid dapat menghadirkan diri, kerana peperiksaan ini diambil kira bagi proses kenaikan kelas tahun seterusnya dan peratus mata pelajaran terbaik pada akhir tahun.
 
Pelancaran Program NILAM dan Reading Rocks PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Thursday, 09 March 2017 08:50

6 Mac 2017 (Isnin) - Majlis perasmian Program NILAM anjuran Pusat Sumber Sekolah dan Program Reading Rocks anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Bt Abdullah, Guru Besar SK Seri Bintang Utara. Antara tentatif program adalah ucapan perasmian, penyampaian hadiah kepada kelas yang terbanyak membuat pinjaman buku, resensi buku baru oleh pengawas pusat sumber dan motivasi oleh Puan Teoh Choon Eon, pengarang buku kanak-kanak.

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Berikut adalah pengiktirafan yang diberikan kepada murid yang membaca buku bagi jumlah-jumlah tertentu :

Reading Rocks pula merupakan program yang bertujuan memberi motivasi dan seterusnya melahirkan tabiat membaca buku Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Antara pengisian program pada hari Isnin yang lalu ialah Story Telling Session bersama Mdm Teoh dan Writing Workshop.

'Generasi membaca, generasi berilmu'

Gambar sekitar majlis di sini.

Last Updated on Thursday, 09 March 2017 11:40
 
Skuasy dan badminton harum nama sekolah PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Thursday, 09 March 2017 07:44

27 Feb (Selasa) - Tahniah kepada adik Pradeep Dev (6 Cemerlang) dan adik Irfan Aqil (4 Bestari) kerana berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dalam sukan skuasy dan badminton. Dalam sukan skuasy, Pradeep Dev telah muncul sebagai Johan Negeri dan akan mewakili Wilayah Persektuan Kuala Lumpur ke peringkat MSSM. Irfan Aqil pula muncul jaguh dalam sukan badminton apabila berjaya memenangi pingat perak bagi acara beregu dan pingat gangsa bagi acara perseorangan, juga pertandingan di peringkat negeri.

Tahniah atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga SKSBU akan terus cemerlang dalam bidang kokurikulum. Majulah sukan untuk semua.

Last Updated on Thursday, 09 March 2017 22:23
 
Selamat Bersara Puan Laila PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Tuesday, 07 March 2017 11:14

28 Feb 2017 (Selasa) - Puan Norlaila Abu Samah merupakan salah seorang guru yang lama berkhidmat di SK Seri Bintang Utara. Beliau mula berkhidmat ketika SKSBU masih dikenali sebagai BBGS(1) yang terletak di Jalan Bukit Bintang ketika itu. Hampir 19 tahun menabur bakti di SKSBU, persaraan beliau sudah pasti memberi impak yang besar kepada sekolah. Sekolah telah kehilangan seorang guru yang begitu komited dan dedikasi serta sangat berpengalaman dalam mata pelajaran Matematik. Selamat bersara Pn Laila. Jasamamu sentiasa dalam ingatan.

Gambar sekitar majlis di sini.

Last Updated on Tuesday, 07 March 2017 13:04
 
Ujibakat #2 PDF Print E-mail
Written by Naqib Ibrahim   
Thursday, 02 March 2017 10:48

 

Salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan ujibakat untuk pasukan Action Song dan Choral Speaking akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut;
1. Ujibakat Action Song
Tempat: Bilik Multimedia
Tarikh: 3 Mac 2017
Masa: 12 tghari
2. Ujibakat Choral Speaking
Tempat: Bilik Performing Arts
Tarikh: 3 Mac 2017
Masa: 12 tghari
Murid-murid tahun 3 dialu-alukan untuk mencuba bakat dalam pasukan Action Song manakala ujibakat untuk Choral Speaking dibuka kepada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Miss Goh (Action Song) dan Mr Naqib (Choral Speaking). Terima kasih.
 
Pengarah Pendidikan Rasmi Mesyuarat PIBG PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Thursday, 02 March 2017 10:05

25 Feb 2017 - Buat julung kalinya, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Ybhg. Dato' Hjh Foziah Bt Buang, berkesempatan untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Bintang Utara kali ke-43. Intipati ucapan Dato' Pengarah antaranya meminta kerjasama ibubapa untuk terus memberi sokongan kepada pihak sekolah terutamanya dalam membentuk sahsiah dan peribadi murid dan bukan sekadar mementingkan prestasi akademik semata-mata.

Dalam majlis tersebut, Dato' Pengarah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada 2 orang guru yang telah berjasa dalam PIBG iaitu Pn Norlaila dan Pn Ng yang akan bersara pada tahun ini. Sijil penghargaan turut disampaikan kepada YH Dato' Wasi Khan, Group CEO Armada Holdings dan wakil Jakel Trading yang banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Turut diadakan dalam majlis yang sama iaitu perasmian surau Raudhatul-Ilmi yang telah dinaik taraf bagi keselesaan murid SKSBU hasil sumbangan beberapa pihak bertanggungjawab.

Seterusnya agenda diteruskan dengan Mesyuarat PIBG yang dipengerusikan oleh En. Md Fauzee B Ishak (YDP PIBG) sesi 2016/2017. Pelbagai isu telah dibincang dan beberapa keputusan turut dicapai. Selesai mesyuarat, majlis diteruskan dengan pembubaran dan pelantikan AJK PIBG yang baru. Tahniah sekali lagi kepada En Md Fau'zee yang terus diberi kepercayaan untuk menerajui PIBG untuk sesi 2017/2018. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut beliau dilantik jawatan tersebut. Tahniah juga kepada En Hakim Hamzah, NYDP serta AJK-AJK yang menampilkan gandingan baru dan lama.

Lagi gambar sekitar majlis di sini.

Senarai barisan AJK PIBG di sini.

 

Last Updated on Thursday, 02 March 2017 10:39
 
Kempen Minum Air Kosong PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 24 February 2017 08:11

20 Feb 2017 (Isnin) - Kempen Minum Air Kosong telah dijalankan bagi mendidik murid-murid SKSBU supaya memperbanyakkan minum air tersebut. Penerangan mengenai faedah serta kebaikan minum air kosong ini telah disampaikan oleh Pn Noraidaliana Bt Abas, Pegawai Pemakanan dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Cheras. Simbolik pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam, Guru Besar SKSBU sambil disaksikan oleh En Md Fauzee (YDP PIBG), En Hakim (NYDP PIBG) serta Pn Norelin Aina (GPK Hal Ehwal Murid). Melalui kempen tersebut juga, PIBG SK Seri Bintang Utara berbesar hati untuk menyumbang botol air kepada semua murid SKSBU. Gimik penyerahan botol air tersebut telah disampaikan oleh YDP PIBG, En Md Fauzee kepada Pn Che Norizam mewakili pihak sekolah (seperti dalam gambar di atas). Botol-botol air kemudiannya diedarkan kepada semua murid pada hari yang sama.

Terima Kasih PIBG atas inisiatif yang baik ini. Anak-anak kita, tanggungjawab bersama.

Lagi gambar, klik sini.

Last Updated on Friday, 24 February 2017 08:36
 
Ujibakat PDF Print E-mail
Written by Faustina   
Monday, 20 February 2017 13:26

 
Kejohanan Merentas Desa PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 17 February 2017 10:55

14 Feb 2017 (Selasa) - Larian pada tahun ini bermula dan berakhir  di padang sekolah serta melalui kawasan Taman Pudu Ulu sejauh hampir 2km. Murid setiap aliran berlari mewakili rumah masing-masing mengikut 12 kategori. 20 pelari pertama yang sampai di garisan penamat bagi setiap kategori diberikan pingat kejohanan. Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah En Md Fauzee (YDP PIBG), En Hakim (Naib YDP PIBG) serta AJK Ibu Bapa yang membantu dalam menyediakan air. Pingat-pingat kejohanan disampaikan oleh guru besar, guru-guru penolong kanan, YDP PIBG dab NYDP PIBG. Piala pusingan disampaikan oleh guru besar, Pn Che Norizam bt Abdullah.

Tahniah kepada Rumah Prouse (Ungu) yang mengungguli kejohanan pada kali ini. Ini merupakan kejayaan kali kedua berturut-turut setelah meraih kejayaan yang sama pada tahun lepas. Naib Johan pula telah dimenangi oleh Rumah Shirtliff (Merah). Kejohanan seterusnya yang dinantikan adalah Kejohanan Balapan dan Padang yang akan diadakan sekitar bulan April nanti.

Lagi gambar sekitar kejohanan di sini.

'Majulah Sukan untuk Negara'

Last Updated on Friday, 17 February 2017 13:06
 
Majlis Pelantikan Pemimpin Sekolah 2017 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 17 February 2017 10:30

10 Feb 2017 (Jumaat) - Pemimpin sekolah yang dilantik ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas kantin, pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan skuad Combi. Dalam majlis tersebut, pemimpin cilik ini telah menerima watikah pelantikan seterusnya membaca ikrar untuk menerima tanggungjawab yang diberi. Bacaan ikrar diketuai Adik Qarliff Danial (mewakili pengawas SPBT, skuad Combi dan pengawas kantin), Adik Uzma Raihah (pengawas PSS) dan Adik Amirah Qistina (pengawas sekolah).

Tahniah! Semoga amanah yang diberi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Lagi gambar sekitar majlis di sini.

Last Updated on Friday, 17 February 2017 13:05
 
Program 'Jom ke Sekolah' PDF Print E-mail
Written by Nizam Yahya, Hafiz Tamizi   
Wednesday, 15 February 2017 09:58

Pada 6 Februari 2017 (Isnin) telah berlangsung  majlis pelancaran Program “JOM KE SEKOLAH” peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara. Program ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Objektif Program Jom ke Sekolah ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPs).  Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah. Pengisian program ini antaranya ialah ucapan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang disampaikan oleh Guru Besar, Pn Che Norizam Bt Abdullah serta perutusan oleh Ketua Polis Negara (KPN) yang dibacakan oleh Sarjan Khairizam, Pegawai Perhubungan Sekolah.

Sebagai simbolik pelancaran, Peti Aduan Disiplin Murid diperkenalkan semasa majlis ini berlangsung.

Last Updated on Wednesday, 15 February 2017 10:08
 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini449
mod_vvisit_counterSemalam515
mod_vvisit_counterMinggu Ini2135
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2808
mod_vvisit_counterBulan Ini12985
mod_vvisit_counterBulan Lepas15219

We have: 18 guests online
Sekarang: 23/11/2017 19:18
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.