real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 48 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

Pelancaran Minggu Bahasa Arab, Sambutan Maulidur Rasul dan Aktiviti Moral PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 15 February 2017 09:48

24 Januari 2017 (Selasa) - SK Seri Bintang Utara telah mengadakan aktiviti Pelancaran Minggu Bahasa Arab dan Sambutan Maulidur Rasul anjuran Panitia Pendidikan Islam bertempat di Laman Bestari. Antara pengisian sambutan adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syamil Irawan (Guru Pendidikan Islam SKSBU) dan bacaan selawat oleh semua warga sekolah beragama Islam. Pada masa yang sama, murid bukan beragama Islam turut membuat aktiviti yang dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Moral diketuai oleh Pn Siva Sanggari.

 
Makluman Ujian Diagnostik Jawi Murid ISLAM (Tahun 2) PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Monday, 06 February 2017 10:11

*Surat makluman kepada murid akan diedarkan pada hari ini, ISNIN (06 Feb 2017)

Last Updated on Monday, 06 February 2017 10:14
 
MAKLUMAN CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA, HARI WILAYAH PERSEKUTUAN, THAIPUSAM DAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 2017 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 23 January 2017 10:26

*Surat Makluman akan diedar kepada murid pada hari ini 23 Januari 2017 (Isnin)

Last Updated on Monday, 23 January 2017 11:10
 
PENDAFTARAN KOKURIKULUM 2017 PDF Print E-mail
Written by Norsyuhada   
Wednesday, 04 January 2017 10:22

Assalammualaikum dan salam sehati sejiwa.

Pendaftaran Online bagi Unit Kokurikulum 2017 akan bermula pada jam 5 petang Rabu ( 4 Januari 2017 ) sehingga hari Ahad sebelum 10 malam ( 8 Januari 2017 ). Murid perlu log in ke dalam Vle Frog untuk membuat pemilihan setiap dua tahun sekali semasa di Tahun 3 dan di Tahun 5 supaya murid dapat menguasai kemahiran yang dipelajari. Pemilihan adalah mengikut kuota yang telah ditetapkan untuk mengelakkan jumlah ahli yang terlalu ramai. Harap Maklum.

Pemilihan yang dijalankan secara online:

Tahun 3 & 5 : Permainan dan Persatuan

Tahun 4: Badan Beruniform

 

Murid yang kehilangan / lupa username dan password sila berhubung dengan En. Mohd Hafiz B. Ahmad Tamizi ( Guru Penyelaras Bestari ) melalui email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Friday, 06 January 2017 07:11
 
Makluman KAFA PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Monday, 14 November 2016 13:52

Makluman 1

Makluman 2

 
PENILAIAN SUMATIF 3 (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN – PAT ) /2016 (OKTOBER) PDF Print E-mail
Written by Haslimah Paimin   
Thursday, 13 October 2016 13:03

Perhatian:

 

  • Ejaan dan Rencana (BM & BI) akan dijalankan pada tarikh di antara 24 - 26 OKT 2016.
  • Diharapkan murid-murid dapat menghadirkan diri pada tarikh-tarikh penting di atas untuk  mengelakkan sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan prestasi kedudukan murid  dalam kelas dan kenaikan kelas untuk  tahun berikutnya .
  • Semakan kertas jawapan bersama murid (kertas yang telah ditanda oleh guru) akan dijalankan pada 24 OKT – 10  NOV  2016, oleh itu murid-murid dinasihatkan hadir ke sekolah untuk  membuat semakan dan perubahan markah sekiranya ada.
  • Aktiviti kokurikulum ditangguhkan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
  • Sebarang perubahan markah tidak akan diterima selepas perbincangan bersama guru mata pelajaran berkenaan kecuali atas alasan tertentu (tidak hadir dan lain-lain).

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN , SEMOGA BERJAYA DAN TERUS CEMERLANG

 

TERIMA KASIH

Last Updated on Thursday, 13 October 2016 13:13
 
Makluman KAFA : Pendaftaran Murid 2017 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 21 September 2016 12:42

*Surat telah diedarkan kepada murid. Sebarang pertanyaan/masalah boleh rujuk terus kepada Pn Azizah, Ketua Guru KAFA SKSBU.

 
Pemberitahuan Cuti Bergilir UPSR dan Cuti Pertengahan Sem 2/2016 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 02 September 2016 12:50

Untuk makluman tuan/puan, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 akan bermula pada 5 hingga 8 September 2016. Beberapa bilik darjah akan digunakan sebagai bilik peperiksaan. Sehubungan itu terdapat beberapa kelas yang akan diberi cuti secara bergilir seperti maklumat berikut:

*Surat siaran cuti telah diedarkan kepada murid pada hari Isnin, 29 Ogos 2016.


 

Sebagai makluman tambahan juga, sekolah akan bercuti bermula pada 10-18 September 2016 bagi pertengahan semester 2. Dalam tempoh cuti tersebut juga terdapat dua cuti umum negara iaitu pada 12 Sept, Isnin (Cuti Hari Raya Haji) dan 16 Sept, Jumaat (Cuti Hari Malaysia).
Pihak sekolah berharap makluman ini mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya daripada tuan-tuan dan puan-puan. Semoga murid-murid dapat menjaga keselamatan diri serta manfaatkan cuti dengan aktiviti berfaedah.

Last Updated on Friday, 02 September 2016 14:17
 
Majlis Mohon Restu dan Solat Hajat UPSR 2016 PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Friday, 02 September 2016 11:55

01 Sept 2016 (Khamis) - Peperiksaan UPSR hampir tiba. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, satu majlis ringkas telah diadakan pada pagi ini bertujuan untuk memberi restu kepada calon-calon UPSR. Sumbangan PIBG berupa alat tulis juga telah disampaikan oleh YDP PIBG, En Fauzee dan NYDP En Hakim pada majlis berkenaan. Adalah diharapkan segala ilmu yang disampaikan oleh guru-guru daripada Prasekolah sehinggalah pada hari ini dimanfaat sebaik mungkin oleh calon-calon dalam merealisasi impian masing-masing dan juga harapan sekolah. Semoga kejayaan menjadi milik kita.

........... Pada sebelah malam pula, turut diadakan Majlis Solat Hajat bertempat di Surau Khadijah al-Khuwailid, SMKSBU. Majlis dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Yassin dan ceramah daripada tetamu jemputan iaitu Ust Izhar Bin Jumali (anggota kumpulan nasyid Nowseeheart). Majlis diteruskan dengan sembahyang Isyak berjemaah dan disusuli dengan Solat Hajat. Para tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan murid yang bakal menduduki UPSR dan UPKK (KAFA) seterusnya menikmati jamuan yang disediakan di kantin sekolah.

Semoga calon-calon SK Seri Bintang Utara diberi keazaman dan kekuatan untuk menempuhi peperiksaan UPSR yang akan bermula pada hari Isnin ini, 05 September 2016.

Last Updated on Friday, 02 September 2016 12:24
 
Festival Ekspresi Bakat 2016 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Thursday, 18 August 2016 16:06

Pihak sekolah menjemput semua warga sekolah dan ibubapa/penjaga untuk sama-sama memeriahkan program anjuran sekolah dengan kerjasama IPG Kampus Ilmu Khas dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini. Pertandingan yang bakal dijalankan adalah Pertandingan Tarian, Syair, Readers Theater dan Video Animasi. Semua pertandingan dijalankan di IPGKIK kecuali pertandingan video animasi. Adalah diharapkan kehadiran tuan/puan dapat memberi impak positif kepada murid-murid yang bakal bertanding.

Sehubungan dengan itu, SK Seri Bintang Utara akan mengambil CUTI PERISTIWA pada hari *ISNIN (22 OGOS 2016). Walaubagaimanapun Kelas KAFA pada sebelah petang berjalan seperti biasa. Sekian untuk makluman.

* Surat siaran telah diedarkan pada hari Khamis 18 Ogos 2016

Last Updated on Thursday, 18 August 2016 17:00
 
Jadual Penilaian Sumatif Pertengahan Sem 2 (OGOS) / 2016 PDF Print E-mail
Written by Haslimah Paimin   
Friday, 05 August 2016 07:56

Untuk perhatian ibubapa/penjaga.

Tarikh/ Hari

Mata Pelajaran

Tahap 1 (Tahun 1-3)

Tahap 2 (Tahun 4-6)

 

8 OGOS 2016

ISNIN

Bahasa Malaysia

Pemahaman

9.45- 11.00  pagi  (1 ¼  jam)

8.30 - 9.45 pagi ( 1 ¼ jam)

Bahasa Malaysia

Penulisan

11.30 -12.45  tgh ( 1 ¼ jam)

9 OGOS 2016

SELASA

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

7.50 - 8.50 pagi ( 1 jam)

English –Pemahaman

10.00 - 11.15 pagi ( 1 ¼ jam)

11.00 -12.15  tgh ( 1 ¼ jam)

English – Penulisan

11.45 -1.00 ptg ( 1  ¼ jam)

12. 45  -2.00  ptg (1¼  jam)

10 OGOS 2016

RABU

Matematik – Kertas 1

7.50 – 8.50 pagi ( 1jam)

Matematik - Kertas 2

11.00 -12.00 tgh  ( 1 jam)

Sejarah

12.30 -1.45 ptg  ( 1¼  jam)

11 OGOS  2016

KHAMIS

Sains – Kertas 1

7.50 -8.50 pagi ( 1jam)

Sains – Kertas 2

10.00 -11.00 pagi  ( 1 jam)

11.00 -12.00 tgh  ( 1  jam)

Bahasa Arab

(Murid Islam Sahaja)

11.30 – 12.30 tgh ( 1 jam)

12.30 – 1.30 ptg ( 1 jam)

12 OGOS  2016

JUMAAT

Pendidikan Agama Islam

&

Pendidikan Moral

7.50- 8.50 pagi ( 1 jam)

PERHATIAN :
  1. Kedudukan dalam kelas diambil kira berdasarkan semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Agama/ Moral dan Bahasa Arab.

  2. Sesi pembelajaran akan dijalankan seperti biasa kecuali masa yang melibatkan peperiksaan .

  3. Diharapkan semua murid dapat menghadirkan diri, kerana peperiksaan ini diambil kira bagi proses kenaikan kelas tahun seterusnya dan peratus mata pelajaran terbaik pada akhir tahun.

 

Last Updated on Friday, 05 August 2016 08:14
 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini480
mod_vvisit_counterSemalam515
mod_vvisit_counterMinggu Ini2166
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2808
mod_vvisit_counterBulan Ini13016
mod_vvisit_counterBulan Lepas15219

We have: 48 guests online
Sekarang: 23/11/2017 19:21
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.