real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 47 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

Makluman Cuti Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Friday, 29 January 2016 15:52

Berikut adalah surat siaran mengenai cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina. Surat telah diedarkan kepada semua murid pada hari ini, 29 Januari 2016 (Jumaat).

*Ralat pada surat yang diedarkan: 12/2/2016 (Selasa) -> 12/2/2016 (Jumaat)

 

 
Makluman : Cuti Sempena Perayaan Thaipusam PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 22 January 2016 10:22

Adalah dimaklumkan sekolah akan bercuti pada hari Isnin (25 Januari 2016) sempena perayaan Thaipusam yang jatuh pada hari cuti umum iaitu Ahad (24 Januari 2016). Sehubungan itu murid-murid akan kembali ke sekolah pada hari Selasa (26 Januari 2016).

Pemberitahuan :

Semua murid (Tahun 1-6) dikehendaki memakai baju rumah sukan pada hari Selasa (26 Januari 2016) untuk Mesyuarat Agong Rumah Sukan pada waktu ko-kurikulum.

 
Persembahan Drama Bahasa Inggeris PDF Print E-mail
Written by Ng Bee Ling   
Friday, 22 January 2016 10:12

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan Drama Bahasa Inggeris SKSBU akan membuat persembahan drama seperti di atas. Program jalinan pertama dengan Universiti Malaya ini bertujuan memperkenalkan seni teater dan memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat. 
Panitia Bahasa Inggeris akan menjual  tiket bernilai RM15 Dan RM30 jika bersama tshirt penyokong . Sokongan semua warga sekolah dialu-alukan.  Tempahan boleh dibuat melalui mana-mana guru Bahasa Inggeris. Terima kasih.

 
Pendaftaran dan Orientasi Murid Tahun 1 serta Prasekolah Buka Tirai Sesi Persekolahan 2016 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 01 January 2016 05:52

30 Dis 2015 (Rabu) - Pendaftaran dan orientasi murid-murid Tahun 1 serta Prasekolah telah diadakan bermula jam 8.30 pagi. Murid-murid menduduki beberapa ujian asas bagi mengenalpasti kemahiran asas bagi memudahkan sesi awal pembelajaran. Turut diadakan ialah sesi taklimat oleh Guru Besar, Pn Che Norizam Bt Abdullah kepada ibu bapa murid tahun 1 mengenai Dual Language Programme (DLP) yang akan dilaksanakan pada sesi 2016 bagi murid Tahun 1 dan 4. Sesi taklimat dan pemilihan Pewaris Prasekolah yang dikendalikan oleh Pn Raihanie dan Pn Noorlizah (Guru Prasekolah) telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah.

Berikut adalah foto sekitar majlis.

Foto oleh : Norsyuhada Bt Ismail

Last Updated on Friday, 22 January 2016 10:00
 
Makluman KAFA 2016-2 PDF Print E-mail
Written by Azizah Mohd Yusof   
Friday, 11 December 2015 09:47

Makluman kepada ibu bapa KAFA 2016, disertakan dalam artikel ini ialah dokumen Peraturan dan Disiplin KAFA bagi sesi 2016 untuk maklumat dan tindakan tuan-tuan dan puan-puan.

Sila muat turun dokumen tersebut di sini.

Harap maklum.

Last Updated on Friday, 11 December 2015 09:57
 
Makluman KAFA 2016-1 PDF Print E-mail
Written by Marzila   
Wednesday, 02 December 2015 10:04

 

Last Updated on Friday, 11 December 2015 10:00
 
Audition for Play PDF Print E-mail
Written by Ng Bee Ling   
Monday, 30 November 2015 23:30

Last Updated on Monday, 30 November 2015 23:35
 
Kuiz Cuti Sekolah (Platform VLE Frog) PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 30 November 2015 00:44

Perhatian kepada murid-murid Tahun 1 hingga 5 SK Seri Bintang Utara. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan soalan kuiz menggunakan platform VLE Frog sepanjang cuti persekolahan ini. Tujuan kuiz ini adalah bagi memastikan proses pembelajaran berlaku secara berterusan walaupun sewaktu musim cuti persekolahan yang panjang. Pihak sekolah berharap agar murid sentiasa peka dengan mendaftar masuk ke laman VLE Frog masing-masing bagi menjawab soalan kuiz yang akan diberi (assign) pada setiap minggu. Hanya satu kuiz sahaja pada setiap minggu bermula pada hari Isnin (30 Nov 2015).

Contoh paparan kuiz yang akan murid terima pada laman masing-masing. (Jangan lupa menekan butang Complete Assignment (Penjuru kiri atas) setelah selesai menjawab tugasan.)

Adalah diharapkan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ini daimbil tindakan dengan sewajarnya. Pihak sekolah juga berharap agar ibubapa sentiasa peka mengenai hal ini dan memastikan anak-anak dapat menjawab soalan kuiz yang disediakan. Kuiz hanya akan diberi (assign) kepada murid mengikut minggu berdasarkan tarikh-tarikh di bawah :

a) Minggu 1 (26 Nov - 02 Disember 2015)

b) Minggu 2 (03 - 09 Disember 2015)

c) Minggu 3 (10 - 16 Disember 2015)

d) Minggu 4 (17 - 23 Disember 2015)

e) Minggu 5 (24 - 30 Disember 2015)

Untuk makluman kitaran minggu adalah Khamis-Rabu. Murid-murid yang dapat menjawab kesemua 5 kuiz yang disediakan pada setiap minggu akan menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah apabila sekolah mula dibuka awal tahun hadapan. Murid-murid yang menghadapi masalah untuk log masuk boleh menghubungi pihak sekolah melalui Cikgu Hafiz.

Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti. Manfaatkanlah waktu cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah.

Terima kasih.

 

Last Updated on Monday, 30 November 2015 09:25
 
Dua Siri Lawatan Penanda Aras SKSBU ke Melaka dan Perlis PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Sunday, 29 November 2015 23:59

Guru-guru dan Staf SK Seri Bintang Utara berpeluang mengadakan Lawatan Penanda Aras bagi menambahbaik pengurusan sekolah. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada sekolah-sekolah yang sudi menerima kunjungan kami dan berkongsi amalan terbaik yang membawa kepada kecemerlangan sekolah masing-masing. Semoga perkongsian ini dapat membawa manfaat bersama kepada kedua-dua belah pihak. Berikut adalah dua siri lawatan yang berjaya dilaksanakan :

1. Lawatan Penanda Aras ke SK Jalan Datuk Palembang (07 November 2015-Sabtu)

SK Jalan Datuk Palembang, Melaka merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan dimana kebitaraan sekolah tersebut ialah Hoki, Kebudayaan dan Bidang Bahasa. Antara yang menarik perhatian ialah inovasi Bas Awam yang dijadikan Mini Pusat Sumber Sekolah serta keupayaan Guru Besarnya yang berjaya memimpin sekolah tersebut sehingga diiktiraf sebagai Sekolah Kluster.

2. Lawatan Penanda Aras ke SK Sena ( 26 November 2015 - Khamis)

SK Sena, Perlis merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan dimana kebitaraan sekolah tersebut ialah ICT, Lompat Tali dan Matematik. Sebuah sekolah yang berupaya melahirkan murid-murid yang mampu menghasilkan inovasi produk dan mempunyai produksi penerbitan yang mampu mengendalikan rakaman secara MCP (Multi Camera Production).

Terima kasih atas perkongsian ilmu.

 

 
MIMO 2015 PDF Print E-mail
Written by Aminah Jamaluddin   
Sunday, 29 November 2015 23:01

MIMO 2015 adalah Pertandingan Matematik Olimpiad antarabangsa yang dianjurkan oleh  Persatuan Matematik Olympiad Malaysia (PERMATO), dengan kerjasama SJK (C) Lick Hung (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan SJK (C) Lai Meng.

3 orang guru telah mengiringi 38 orang murid  SK Seri Bintang Utara yang terdiri daripada murid Tahun 4,5 dan 6 untuk menyertai pertandingan MIMO 2015 (Malaysia International  Mathematics Olympiad Competition) yang telah berlangsung selama 2 hari. Semua peserta dikehendaki untuk menduduki pertandingan individu dan pasukan.

4 peserta individu dan 2 pasukan sekolah  (4 peserta sekumpulan) telah  berjaya memenangi pingat gangsa dalam pertandingan tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan kerana kejayaan ini merupakan penutup aktiviti koakademik pada tahun 2015.

PEMENANG KATEGORI INDIVIDU

PINGAT

1

WONG KYE FUNG

GANGSA

2

TOH YUN HAN

GANGSA

3

AINUL RADHIAH YUSOF

GANGSA

4

HARSHAVARDHAN MANIVANNAN

GANGSA

 

PEMENANG KATEGORI PASUKAN

PINGAT

1

NURUL ALICIA M.WAZIR

GANGSA

2

NUR ALYA BATRISYIA BT MUSA

GANGSA

3

DANISH HAIKAL SUZAILAN

GANGSA

4

LOOI PUI YI

GANGSA

 

PEMENANG KATEGORI PASUKAN

PINGAT

1

SRI RAAM A/L GUNALINGAM

GANGSA

2

AINUL MARDHIAH YUSOF

GANGSA

3

UMAIRAH SAMHANA BT M. NORHAIDA

GANGSA

4

ADINA KAZIMA BT MOHD JULIAN HADI

GANGSA

Last Updated on Sunday, 29 November 2015 23:14
 
Program Rehlah Ilmiah PDF Print E-mail
Written by Noorasiah Ab Rahman   
Sunday, 29 November 2015 22:31

Alhamdulillah, Program Rehlah Ilmiah 2015 anjuran Panitia Pendidikan Islam akhirnya berjaya dilaksanakan pada 8-11 November 2015. Program antara dua negara ini melibatkan hubungan kerjasama antara SK Seri Bintang Utara dengan SDN002 Tenggarong, Kalimantan Timur, Indonesia. Seramai 36 orang guru dan murid SKSBU terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini merupakan rentetan daripada kunjungan rombongan SDN002 Tenggorang ke SKSBU pada bulan Jun yang lalu. Semua aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan . Satu bentuk kerjasama telah berjaya dicapai antara kedua-dua buah sekolah yang mana akan berterusan dalam menjalinkan kerjasama ke arah pembangunan pendidikan anak-anak.

 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini57
mod_vvisit_counterSemalam840
mod_vvisit_counterMinggu Ini57
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5581
mod_vvisit_counterBulan Ini12406
mod_vvisit_counterBulan Lepas15385

We have: 47 guests online
Sekarang: 24/09/2017 00:37
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.