real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 33 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

Lagi Kejayaan Sekolah PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 11 November 2015 11:56

1. Pandu Puteri Tunas (Laporan oleh Pn Ng Bee Ling)

13 ahli Pandu Puteri Tunas SKSBU telah menerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya, anugerah tertinggi Pandu Puteri Tunas di peringkat kebangsaan selepas berjaya melepasi cabaran yang diadakan di Tasik Timah Tasoh, Perlis dari 28 -31 Oktober 2015. Mereka ialah Nadiah hakim , Ainul Mardhiah  Ainul Radhiah , Batrisyia Umairah , Nursyamimi Sukre , Adila Athirah , Nurul Jasmin , Aina Sofiya, Haziqah Batrisyia, Marsya Suraya, Nurul Nadia, Shrrii Shivanie dan Puteri Hannah. Puteri Hannah juga telah menerima Anugerah Disney Puteri , anugerah anjuran Disney Channel di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, mereka telah lulus Ujian Calit Emas dan Ujian Tangga dan Tangan Emas yang diadakan di peringkat negeri anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Kuala Lumpur.

 

2. Kejohanan Olahraga dan Balapan Luar Musim MSSWPKL (Laporan oleh En Shahril Ibrahim)

Pada 28 dan 29 Okt 2015 yang lalu, Kejohanan Olahraga dan Balapan Luar Musim MSSWPKL telah dijalankan di Stadium Mini Permaisuri. Murid SKSBU telah memperoleh kejayaan dalam kejohanan tersebut. Murid yang dimaksudkan adalah :

  1. Muhammad Haziq Fadhullah B Mohd Farid (5 Inovatif)   - Ketiga Lontar Peluru
  2. Riyan Hanriq Manson (5 Inovatif)                               - Johan Lari Berpagar

Tahniah diucapkan. Semoga SKSBU terus cemerlang!

Last Updated on Wednesday, 11 November 2015 14:34
 
Pertandingan Mini Fiesta Tari Prasekolah Peringkat WPKL PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 11 November 2015 10:52

31 Oktober 2015 - Pertandingan Mini Fiesta Tari Prasekolah anjuran SK Seri Bintang Utara bertempat di Laman Bestari SKSBU ini berlangsung dengan jayanya. Pertandingan julung kali diadakan ini melibatkan penyertaan 7 buah sekolah dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, Tn Hj Ismail Bin Musa (Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah bangsar Pudu). Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak cilik ini dalam tarian khususnya pasukan sekolah yang sentiasa mencari pelapis bagi pasukan Rentak Tari. Sebagai makluman, bidang Seni Tari merupakan etos sekolah kita.

Berikut adalah keputusan pertandingan

  • Johan        : SK SERI BINTANG UTARA
  • Naib Johan : SK SERI BINTANG SELATAN
  • Ketiga       : SK AU KERAMAT

Pasukan-pasukan lain yang hadir turut menerima hadiah saguhati daripada pihak sekolah. Tahniah kepada para pemenang. Semoga pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih banyak. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Last Updated on Wednesday, 11 November 2015 11:14
 
Makluman : Cuti Sekolah Sempena Perayaan Hari Deepavali 2015 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 04 November 2015 12:43

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Perayaan Hari Deepavali seperti maklumat berikut:

TARIKH

HARI

JENIS CUTI

KELAS KAFA

9.11.2015

Isnin

Cuti Peristiwa

Dibuka seperti biasa

10.11.2015

Selasa

Cuti Deepavali

Cuti Umum

11.11.2015

Rabu

Cuti Perayaan

Dibuka seperti biasa

12.11.2015

Khamis

Cuti Perayaan

Dibuka seperti biasa

13.11.2015

Jumaat

Hari Persekolahan

Dibuka seperti biasa

Surat Siaran telah diedarkan kepada murid pada hari Jumaat yang lalu.

Last Updated on Wednesday, 04 November 2015 12:51
 
Makluman : Pindaan Jadual Peperiksaan Jumaat (23 Okt 2015) PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Thursday, 22 October 2015 16:26

Sekiranya esok 23 Okt 2015 (Jumaat) sekolah akan dibuka semula, terdapat sedikit perubahan jadual bagi peperiksaan pada hari esok. Lihat jadual di bawah untuk jadual terkini:

TAHAP 1

Hari/Tarikh

Mata Pelajaran

Masa

Tempoh

Catatan

JUMAAT

23.10.2015

Sains

7.45 - 9.00 pagi

1 jam 15 minit

Tahun 1, 2 & 3

*Pendidikan Jawi (Murid Islam sahaja)

10.00 -11.00 pagi

1 jam

Tahun 1,2 & 3

*Pindaan Jadual

TAHAP 2

Hari/Tarikh

Mata Pelajaran

Masa

Tempoh

Catatan

JUMAAT

23.10.2015

Pendidikan Seni & Visual

7.50 - 9.50 pagi

2 jam

Tahun 4,5 & 6

*Pendidikan Jawi (Murid Islam sahaja)

10.45 -11.45 pagi

1 jam

Tahun 4,5 & 6

*Pindaan Jadual

Last Updated on Friday, 23 October 2015 11:01
 
Penutupan Sekolah Akibat Jerebu PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Thursday, 22 October 2015 08:04

22 Okt 2015 (Khamis) - Hari ini sekolah ditutup untuk hari yang keempat bagi minggu ini. Bersama-sama kita berdoa agar udara kita kembali bersih supaya anak-anak kita dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Last Updated on Thursday, 22 October 2015 10:29
 
Pemberitahuan : Sekolah Ditutup Akibat Jerebu PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Sunday, 18 October 2015 22:19

18 Okt 2015 - Sekolah akan ditutup sekali lagi esok 19 Okt (Isnin) ekoran jerebu teruk yang melanda negara ketika ini. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahdzir Khalid.

Berikutan pengumuman ini juga, Kertas Penilaian Sumatif yang dijadualkan pada hari esok akan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak melalui surat edaran. Tiada pindaan bagi peperiksaan yang akan berlangsung pada hari Selasa dan seterusnya setakat ini (Peperiksaan adalah mengikut jadual).Untuk pengetahuan ini adalah kali keempat sekolah ditutup akibat jerebu. Murid-murid dinasihatkan agar dapat menjaga kesihatan diri dan kurangkan aktiviti di luar rumah. Sila buat ulangkaji peperiksaan.

Last Updated on Monday, 19 October 2015 01:02
 
JADUAL PENILAIAN SUMATIF (BULAN OKTOBER) SEMESTER 2 /2015 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi, Haslimah Paimin   
Thursday, 15 October 2015 08:45

TAHAP 1 ( TAHUN 1, 2 & 3)

Hari/Tarikh

Mata Pelajaran

Masa

Tempoh

Catatan

JUMAAT

16.10.2015

Pendidikan Muzik

7.45 - 8.45 pagi

1 jam

Tahun 1, 2 & 3

Bahasa Arab

10.30 -11.30 pagi

1 jam

Tahun 1, 2 & 3

(Murid Islam sahaja)

ISNIN

19.10.2015

Pendidikan Agama Islam /Pendidikan Moral

10.00-11.00 pagi

1 jam

Tahun 1, 2 & 3

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

11.30-12.30 tgh

1 jam

Tahun 1, 2 & 3

SELASA

20.10.2015

Bahasa Malaysia - Kertas 1

7.50 – 8.50 pagi

1 jam

Tahun 1, 2 & 3

Bahasa Malaysia – Kertas 2

11.45 - 1.00 ptg

1 jam 15 min

RABU

21.10.2015

Matematik

7.45 – 9.00 pagi

1 jam 15 minit

Tahun 1, 2 & 3

Bahasa Inggeris

11.00 -12.30 tgh

1 jam 30 minit

Tahun 1, 2 & 3

KHAMIS

22.10.2015

Pendidikan Jawi (Murid Islam)

7.45 - 8.45 pagi

1 jam

Tahun 1, 2 & 3

Pendidikan Seni & Visual

10.30 – 12.30tgh

2 jam

JUMAAT

23.10.2015

Sains

7.45 - 9.00 pagi

1 jam 15 minit

Tahun 1, 2 & 3

TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 & 6)

Hari/Tarikh

Mata Pelajaran

Masa

Tempoh

Catatan

KHAMIS

15.10.2015

Pendidikan Muzik

11.00 – 12.00 tgh

1 jam

Tahun 4, 5 & 6

Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral

1.00 – 2.00 ptg

1 jam

JUMAAT

16.10.2015

Kajian Tempatan (Tahun 6)

8.00 - 9.00 pagi

1 jam

Tahun 4, 5 & 6

Sejarah (Tahun 4 & 5 )

8.00 -9.15 pagi

1 jam 15 minit

Bahasa Arab –Muris Islam sahaja

10.50 -11.50 pagi

1 jam

ISNIN

19.10.2015

Bahasa Malaysia - Kertas 1

8.30 – 9.20 pagi

50 minit (Tahun 6)

Tahun 4, 5 & 6

8.30 -9.30 pagi

1 jam ( Th 4 & 5)

Bahasa Malaysia – Kertas 2

11.00 -12.15 tgh

1 jam 15 minit

Pendidikan Jawi

1.00 – 2.00 petang

1 jam

SELASA

20.10.2015

Matematik – Kertas 1

8.00 – 9.00 pagi

1 jam

Tahun 4, 5 & 6

Matematik – Kertas 2

11.00 – 11.40 pagi

40 minit

Kemahiran Hidup (Tahun 6)

RBT & TMK ( Tahun 4 & 5)

1.00 – 2.00 ptg

1 jam

RABU

21.10.2015

Bahasa Inggeris – Tahun 4 & 5

8.00 – 9.30 pagi

1 jam 30 minit

Tahun 4, 5 & 6

Bahasa Inggeris – Kertas 1 (Th 6)

8.00 - 8.50 pagi

50 minit

Bahasa Inggeris – Kertas 2

11.00 - 12.15 tgh

1 jam 15 minit

Pendidikan Kesihatan (Th 4 & 5)

PJK (Tahun 6)

1.00 – 2.00 Ptg

1 jam

KHAMIS

22.10.2015

Sains

8.00 – 9.15 pagi

1 jam 15 minit

Tahun 4, 5 & 6

Sivik & Kewarganegaraan

1.00 -2.00 ptg

1 jam

Tahun 6 sahaja

JUMAAT

23.10.2015

Pendidikan Seni & Visual

7.50 - 9.50 pagi

2 jam

Tahun 4, 5 & 6

Perhatian :

  1. Ejaan dan Rencana (BM dan BI) dijalankan pada tarikh di antara 26-30 OKT 2015.
  2. Diharapkan murid-murid dapat menghadirkan diri pada tarikh-tarikh penting di atas untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Kegagalan untuk menghadirkan diri boleh menjejaskan prestasi kedudukan murid dalam kelas dan kenaikan kelas untuk tahun berikutnya.
  3. Pastikan anak tuan/puan telah melengkapkan atau menyiapkan tugasan, projek atau folio yang telah diarahkan oleh guru mata pelajaran.
  4. Semakan kertas jawapan bersama murid (kertas yang telah ditanda guru) akan dijalankan pada 26 OKT - 05 NOV 2015. Oleh itu murid-murid dinasihatkan hadir ke sekolah untuk semakan dan membuat sebarang perubahan markah sekiranya ada. Sebarang perubahan markah tidak akan diterima selepas tarikh perbincangan bersama guru mata pelajaran yang berkaitan.
  5. Kelas J-Qaf dan aktiviti tambahan selepas sesi persekolahan ditangguhkan sepanjang tempoh peperiksaan ini. Namun, aktiviti berbayar seperti taekwando berjalan seperti biasa.
Last Updated on Monday, 19 October 2015 00:39
 
Program Penanda Aras - Bhgn 2/2015 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 09 October 2015 11:48

 

Last Updated on Friday, 09 October 2015 12:03
 
Makluman : Cuti Bergilir KAFA SKSBU PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 09 October 2015 03:12

Untuk makluman tuan/puan,  sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan UPSRA akan dilaksanakan pada tarikh baru iaitu 12 dan 13 Oktober 2015 manakala UPKK akan dilaksanakan pada tarikh 12, 13 dan 15 Oktober 2015. Pelaksanaan peperiksaan pada hari Rabu dan Khamis UPSRA (7 dan 8 Oktober 2015) berjalan mengikut jadual asal.  Sehubungan dengan itu, Jabatan telah membuat jadual pergiliran seperti berikut:

TARIKH

HARI

TAHUN

KELAS KAFA

09.10.2015

Jumaat

Semua 1, 2, 3 dan 4

Cuti

12.10.2015

Isnin

Semua 1, 2, 3 dan 4

Cuti

13.10.2015

Selasa

Semua 1, 2, 3 dan 4

Cuti

15.10.2015

Khamis

Semua 1, 2 dan 3

Cuti

09.10.2015

Jumaat

Semua 5 dan 6

Berjalan seperti  biasa

15.10.2015

Khamis

Semua 4 dan 6

Berjalan seperti  biasa

Oleh itu, sekolah akan dibuka semula pada 16 Oktober 2015 (Jumaat) seperti biasa.

 
Pendaftaran Kelas KAFA 2016 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 07 October 2015 13:34

Muat turun surat edaran dan borang maklum balas jawapan(Lampiran A) di sini.

Last Updated on Wednesday, 07 October 2015 14:02
 
Lagi Mengenai Jerebu : Sekolah Diarah Tutup 2 Hari PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Sunday, 04 October 2015 14:18

Sekolah akan ditutup selama 2 hari iaitu 5 dan 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) ekoran keadaan jerebu yang menunjukkan bacaan sangat tidak sihat. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Last Updated on Sunday, 04 October 2015 14:25
 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini128
mod_vvisit_counterSemalam306
mod_vvisit_counterMinggu Ini1428
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1790
mod_vvisit_counterBulan Ini4106
mod_vvisit_counterBulan Lepas10265

We have: 33 guests online
Sekarang: 18/02/2018 09:37
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.