real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 20 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

Pengumuman : Penutupan sekolah akibat jerebu. PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Tuesday, 15 September 2015 06:46

15 Sept 2015 - Berikutan pengumuman oleh Menteri Pendidikan Malaysia, DS Mahadzir Khalid tengah malam tadi, sekolah akan ditutup pada hari ini 15 Sept akibat jerebu yang teruk yang melanda ketika ini. Negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor. Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Sekian dimaklumkan.

 
Majlis Mohon Restu Ilmu UPSR PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 04 September 2015 12:25

 

04 Sept - Majlis Restu Ilmu bagi calon-calon UPSR telah diadakan pagi ini bertempat di Laman Bestari. Terima kasih kepada PIBG yang telah memberi sumbangan alat tulis kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Dengan adanya majlis seumpama ini  diharapkan segala ilmu yang diperoleh sentiasa diberkati dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Kepada semua calon UPSR, selamat menduduki peperiksaan. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Warga SKSBU sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda.

Last Updated on Friday, 04 September 2015 12:35
 
Pengumuman : Ujibakat Pasukan Tarian Sekolah PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Friday, 21 August 2015 08:07

Satu sesi ujibakat pemilihan pelapis bagi pasukan tarian sekolah akan diadakan seperti berikut :

  • Hari       : Sabtu (22/8/2015)
  • Tempat : Laman Bestari, SKSBU
  • Pakaian  : T-shirt dan Seluar Trek
  • Masa     : 8.00 - 10.00 pagi

Bagi ibubapa yang berminat, sila hadir ke sekolah pada tarikh yang telah dinyatakan.

Last Updated on Friday, 21 August 2015 08:13
 
Jadual Penilaian Sumatif Pertengahan Semester 2 (Tahun 1 - 5) & Penilaian Pertengahan Sem 2 - Tahun 6 2015 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 14 August 2015 18:28

Berikut adalah jadual Penilaian Sumatif dan Penilaian Pertengahan Sem 2. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid SKSBU.

 

Tarikh/ Hari

Mata Pelajaran

Masa/Tempoh

17 OGOS 2015

ISNIN

Bahasa Malaysia

Pemahaman

Tahun 1-3

9.45- 10.45 am ( 1jam)

Tahun 4-5

8.20 - 9.20 am (1 jam )

Tahun 6

8.20 – 9.10 am ( 50 minit)

Bahasa Malaysia

Penulisan

Tahun 1-6

11.30 -12.45 pm (1 ¼ jam)

18 OGOS 2015

SELASA

Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral

Tahun 1-6

7.50 - 8-50am ( 1 jam)

English

Tahun 1-5

11.45 -1.15 pm ( 1 ½ jam)

English

Paper 1

Tahun 6

11.00 – 11.50 am (50 minit)

English

Paper 2

Tahun 6

12.45 – 2.00pm ( 1 ¼ jam)

19 OGOS 2015

RABU

Matematik –Tahap 1

Tahun 1-3

7.45 – 9.00 am ( 1 ¼ jam)

Matematik

Kertas 1

Tahun 4 - 6

8.00 -9.00 am ( 1 jam)

Matematik

Kertas 2

Tahun 4- 6

11.00- 11.40 am ( 40 minit)

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Tahun 1-3

11.45 -12.45 pm ( 1 jam)

Tahun 4, 5 & 6

01.00 - 2.00 pm ( 1 jam)

20 OGOS 2015

KHAMIS

Sains

Tahun 1- 6

7.45 – 9.00 am ( 1 ¼ jam)

Reka Bentuk Teknologi / Kemahiran Hidup

Tahun 4 , 5 & 6

11.00-12.00 pm ( 1jam)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) –Th 4-5 /

Pendidikan Sivik – Tahun 6

Tahun 4 & 5

12.30-1.30 pm ( 1 jam)

21 OGOS 2015

JUMAAT

Kajian Tempatan (TH 6)

Tahun 6

8.00-9.00 am ( 1 jam)

Sejarah (TH 4 &5 )

Tahun 4 -5

8.00-9.15 am ( 1 ¼ jam)

Bahasa Arab

(Murid Islam Sahaja)

Tahun 1- 6

10.45 - 11.45 am ( 1jam)

 


PERHATIAN :

1. Sepanjang tempoh peperiksaan , kelas J-Qaf & Tasmiq dan aktiviti unit uniform ditangguhkan.

2. Diharapkan semua murid dapat menghadirkan diri, kerana peperiksaan ini diambil kira bagi proses kenaikan kelas tahun seterusnya dan peratus mata pelajaran terbaik pada akhir tahun.


 

Last Updated on Friday, 14 August 2015 19:03
 
Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Peringkat Sekolah) PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Friday, 14 August 2015 09:20

 

14 Ogos 2015 - Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Laman Bestari. Program dimulakan dengan taklimat program yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan oleh penyelaras program iaitu En Mohd Taufiq. Seterusnya ucapan oleh Pn Lily Rashimah (PK1) dan gimik pelancaran. Program diisi dengan pidato oleh adik Sri Raam yang baru sahaja menjuarai Pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Wilayah Persekutuan. Tahniah diucapkan.

Program diteruskan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku. Berikut adalah program yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SKSBU.

Bil

Program

Tarikh Pelaksanaan

Penyertaan

1.

Hashtag #merdekasksbu2015

14/8 – 10/9/2015

Terbuka(Guru dan murid)

2.

Kibar jalur Gemilang

Sepanjang Bulan Patriotisme

Warga Sekolah

3.

Kelasku Merdeka

17/8-10/9/2015

Semua Kelas

4.

Deklamasi Sajak Kemerdekaan

28/8/2015

Tahap 2 (4,5 dan 6)

5.

Pertandingan Kuiz Sejarah

Terbuka

6.

Pameran Arkib Negara

7.

Mencanting dan Mewarna Batik

25/8

8.

Tayangan Video

9.

Menyampaikan Fakta Sejarah

Setiap Hari

10.

Memperagakan Fesyen Merdeka

Tahap 1 (Wakil Kelas)

Last Updated on Friday, 14 August 2015 09:33
 
Perkhemahan Pengakap -Siri 2 PDF Print E-mail
Written by Nalini Thangavelloo   
Wednesday, 12 August 2015 12:14

Pada 24-26 Julai 2015 yang lalu, Perkhemahan Pengakap kanak-kanak Lencana Kecemerlangan Keris Perak telah diadakan SK Seri Bintang Utara. Seramai 56 orang pengakap kanak-kanak menyertai perkhemahan kedua untuk memperolehi 3 lenca iaitu Lencana Keris Perak, Lencana WSEP (World Scout Environment Program) dan MoP (Messengers of Peace). Tahniah kepada Unit Pengakap SK Seri Bintang Utara atas usaha gigih menjayakan perkhemahan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Unit Ko-Kurikulum Institut Perguruan Ilmu Khas bagi menjayakan kem tersebut.

 

 

Last Updated on Wednesday, 12 August 2015 12:45
 
Pengumuman : Pengesahan Penempatan Tahun 1 Sesi 2016 PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Tuesday, 11 August 2015 15:34

Perhatian kepada ibu bapa/penjaga, sekiranya anak tuan/puan berjaya ditempatkan di SKSBU bagi Tahun 1 Sesi 2016 sila hadir ke sekolah untuk tujuan pengesahan penempatan.

Bawa bersama dokumen berikut :

  1. Sijil lahir asal
  2. Surat penempatan SKSBU ke Tahun 1

Tarikh

01 Ogos – 31 Ogos 2015

Tempat

Pejabat SKSBU

Masa

8.00 pagi – 4.30 petang

*Sekiranya anak tuan/puan gagal mendapat penempatan, tempoh rayuan bermula 01 Ogos - 30 September 2015.

 

Last Updated on Tuesday, 11 August 2015 15:49
 
Spell-It-Right Challenge - Tahniah Kon Li Pei ! PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Wednesday, 05 August 2015 08:38

1 Ogos 2015 - Tahniah kepada adik Kon Li Pei (4 Cemerlang) apabila berjaya menjuarai Spell-It-Right Challenge peringkat WP Kuala Lumpur anjuran RHB dan New Straits Times bertempat di Tropicana Citi Mall, Petaling Jaya. Kon Li Pei berjaya membawa pulang RM2000 dan akan mewakili WPKL ke peringkat kebangsaan. Ini bermakna SKSBU berjaya mempertahankan kejuaraan yang diperoleh pada tahun lepas dalam pertandingan yang sama.Tahniah juga kepada adik Aariz Salimee B Ilhan Salimee yang berjaya mendapat tempat ke-5 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.

Selain daripada Kon Li Pei, SKSBU turut berbangga apabila seramai 14 peserta yang lain turut menempatkan diri di antara 100 peserta terbaik. Tahniah diucapkan. Semoga SKSBU terus cemerlang dan membawa pulang kejayaan di peringkat kebangsaan. Berikut adalah senarai penuh peserta SKSBU yang menyertai pertandingan tersebut.

No.

Nama Peserta

Kelas

1.

AARIZ SALIMEE B. ILHAN SALIMEE

4 BESTARI

2.

AISSHWARYA MANIVANNAN

6 BESTARI

3.

ALIA NATASHA BTE. ABDUL HAI

6 BESTARI

4.

EZRIN MARISSA BT. RAMLAN

5 BESTARI

5.

IMAN SORAYA BT. AZMIL FARID

6 BESTARI

6.

IRDINA BT. MOHD NAZRI

6 CEMERLANG

7.

IYMAN BT. MUHAMMAD KAMAL

6 BESTARI

8.

KON LI PEI

4 CEMERLANG

9.

MARTIN UZAIR BIN ABDUL SHUHAIMI

5 BESTARI

10.

MOHAMED DIMASHQI B. MOHAMED RIZAL

4 BESTARI

11.

MUHAMMAD ASYRAF B. MOHAMED REZWAN

6 BESTARI

12.

MUHAMMAD ZAREF B. KHAIROL AZRI

4 BESTARI

13.

NURUL ALICIA BT. MOHAMAD WAZIR

6 BESTARI

14.

RIFHAN RUSYDI B. RAMIZI

6 DINAMIK

15.

SRI RAAM A/L GUNALINGAM

6 BESTARI

16.

TOH YUN HAN

6 BESTARI

Last Updated on Wednesday, 05 August 2015 09:11
 
Selamat Datang Pn Che Norizam PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Tuesday, 28 July 2015 13:22

27 Julai 2015 - Warga SK Seri Bintang Utara mengalu-alukan kehadiran Guru Besar yang baru iaitu Pn Che Norizam Bt Abdullah. Beliau menggantikan mantan Guru Besar sebelum ini iaitu Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim. Pn Che Norizam sebelum ini merupakan Guru Besar SK Bangsar dan pernah berkhidmat di 4 buah sekolah sebagai pentadbir sebelum memulakan tugas di SK Seri Bintang Utara.

Dalam ucapan aluannya, Pn Che Norizam menyatakan kesungguhan beliau untuk meneruskan kecemerlangan sekolah ini serta mengharapkan komitmen yang tinggi daripada warga sekolah sepertimana yang telah ditunjukkan bersama mantan guru besar sebelum ini. Antara lain intipati ucapan beliau adalah menyentuh mengenai aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) serta disiplin murid dalam semua aspek terutamanya kebersihan kelas. Selain itu beliau berharap calon-calon UPSR pada tahun ini akan memberikan tumpuan penuh dan fokus dalam pelajaran memandangkan peperiksaan UPSR sudah semakin hampir.

Selamat Bertugas Pn Che Norizam!

Last Updated on Wednesday, 29 July 2015 08:36
 
Tawaran Sebut Harga Kedai Buku SK Seri Bintang Utara bagi Tempoh 1 Nov 2015 - 31 Okt 2017 PDF Print E-mail
Written by Rahim Omar   
Wednesday, 15 July 2015 09:44

Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kedai buku sekolah ini bagi tempoh mulai dari 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2017 (maksima 24 bulan).

Sila rujuk dokumen yang dilampir.



 

Last Updated on Wednesday, 15 July 2015 10:02
 
Majlis Khatam Al-Quran 1436H / 2015 M PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Tuesday, 14 July 2015 14:11

14 Julai 2015 / 27 Ramadan 2015 - Sekitar Majlis Khatam al-Quran yang berlangsung tahun ini.

Last Updated on Tuesday, 14 July 2015 14:30
 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini27
mod_vvisit_counterSemalam840
mod_vvisit_counterMinggu Ini27
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5581
mod_vvisit_counterBulan Ini12376
mod_vvisit_counterBulan Lepas15385

We have: 20 guests online
Sekarang: 24/09/2017 00:33
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.