real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 44 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

Makluman Aktiviti Pendidikan Moral PDF Print E-mail
Written by Nalini Thangavello   
Monday, 13 July 2015 20:12

Panitia Pendidikan Moral 2015 akan mengadakan Program Bulan Penghayatan Nilai Murni pada hari Selasa (14 Julai 2015). Ia diadakan sempena Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah. Pada hari tersebut, murid-murid pendidikan moral akan melengkapkan modul yang disediakan. Justeru itu semua murid pendidikan moral dikehendaki hadir dan melengkapkan modul dan sebanyak 5 pemenang modul terbaik juga akan diberi hadiah. Mereka juga dikehendaki memakai pakaian tradisional untuk memeriahkan hari tersebut.

Last Updated on Monday, 13 July 2015 22:27
 
MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 13 July 2015 11:02

Kepada

Ibu / Bapa / Penjaga Murid

Tuan/Puan,

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri seperti maklumat berikut:

 

TARIKH

HARI

JENIS CUTI

KELAS KAFA

TARIKH GANTI

15.7.2015

Rabu

Cuti Berganti

Cuti Berganti (*)

Tiada Kelas KAFA

22.8.2015 (*)

16.7.2015

Khamis

Cuti Peristiwa

Tiada Kelas KAFA

17.7.2015

Jumaat

Hari Raya Aidil Fitri

Cuti Umum

18.7.2015

Sabtu

Hari Raya Aidil Fitri

Cuti Umum

20.7.2015

Isnin

Cuti Perayaan

Tiada Kelas KAFA

21.7.2015

Selasa

Cuti Perayaan

Tiada Kelas KAFA

 

3. Kerjasama serta perhatian tuan/puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai. Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

 

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menurut perintah,

tt.

( LILY RASHIMAH BINTI ABD RASOOL )

GPK Tadbir dan Kurikulum

b/p Guru Besar

SK Seri Bintang Utara, KL

 

(*) Cuti Ganti - Jadual Waktu Hari Rabu

 

Last Updated on Monday, 13 July 2015 11:05
 
Terima Kasih Pn Hjh Junaidah PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Friday, 10 July 2015 10:46

 

01 Julai 2015 - Hilangnya sebutir permata di SKSBU apabila Guru Besar Cemerlang, Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim telah menamatkan perkhidmatan perguruannya pada tahun ini. Majlis persaraan beliau berlangsung dalam suasana penuh hiba di Laman Bestari, SKSBU. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ke pentas utama, nyanyian lagu-lagu rasmi, ucapan, persembahan, penyampaian hadiah dan cenderamata. Kemuncak majlis adalah Lambaian Akhir Srikandi. Sebagai makluman juga, pada hari sebelumnya iaitu pada 30 Jun (Selasa) telah diadakan Program Penataran Ilmu bersama semua guru besar di WP Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir bagi meraikan majlis beliau. Wakil-wakil KPM, Jabatan Pelajaran, PPW Wilayah Bangsar Pudu, bekas-bekas guru dan murid serta para ibu bapa.

Terima kasih Pn Junaidah. Segala bakti dan jasamu sepanjang 16 tahun memimpin sekolah ini akan dikenang sepanjang hayat. Semoga legasi dan visi yang ditinggalkan akan menjadi pedoman buat semua warga SKSBU untuk terus meletakkan SKSBU di persada kejayaan.

TERIMA KASIH SRIKANDI!

*Lihat galeri foto untuk gambar sepanjang majlis atau klik sini

Last Updated on Friday, 10 July 2015 11:12
 
PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2016 SECARA ONLINE (e-SSeM) PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Thursday, 09 July 2015 08:56

Perhatian kepada Ibubapa/Penjaga Murid-Murid Tahun 6,

Merujuk kepada perkara di atas, sekiranya tuan/puan berminat, permohonan secara online telah mula dibuka dan boleh dilayari melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 September 2015.

Klik sini untuk terus kepada pautan berkenaan.

Sekian, Harap Maklum

Last Updated on Thursday, 09 July 2015 10:06
 
Majlis Khatam Al-Quran 1436H/2015M PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Wednesday, 08 July 2015 14:49

 

Klik sini untuk muat turun surat edaran. (Sekiranya link bermasalah, sila right click pada link dan buka sebagai new window)

 

Last Updated on Wednesday, 08 July 2015 15:19
 
Hari Bumi Hijau PDF Print E-mail
Written by Nalini Thangavelloo   
Wednesday, 08 July 2015 09:35

 

Pada 22 Mei 2015 yang lalu, Panitia Pendidikan Moral telah menganjurkan Program Hari Bumi Hijau dengan jalinan antarabangsa iaitu Environmental Online( ENO Programme). Pada hari tersebut, THE TREE PLANTING DAY, ratusan buah sekolah di seluruh negara telah menanam pokok secara serentak. Semasa murid-murid Pendidikan Moral Tahun 6 menanam pokok di kawasan sekolah, semua murid mengambil bahagian dalam pertandingan Montaj Pokok dimana slogan “Plant a tree today….” dilengkapkan dan ditampal pada 'mounting board'berbentuk sepohon pokok.Tahniah kepada pemenang-pemenang.Murid-murid diberi tanggungjawab untuk menyiram dan menjaga pokok setiap hari persekolahan yang kini sudahpun membuahkan hasil. Usaha ini diharapkan dapat menyemai nilai sayang kepada pokok dan menghargai bumi hijau di kalangan generasi muda.

 

Last Updated on Wednesday, 08 July 2015 09:44
 
Program FUTURE PROBLEM SOLVING (FPS) PDF Print E-mail
Written by Nalini Thangavelloo   
Wednesday, 08 July 2015 09:09

 

Pasukan Future Problem Solving (FPS) SK Seri Bintang Utara telah dipilih sebagai ‘finalist’ dalam pertandingan Community Problem Solving (CmPS). Seramai 6 orang murid Tahun 6 iaitu Nadiah Hakim, Iyman Bt Muhammad Kamal, Alia Natasha Bt Abdul Hai, Myra Alyssa Faizal, Shavania Nisha Naidu A/P Basandan, Nooramierah Liyana Bt Noorsuzamir telah mewakili pasukan sekolah ke pertandingan tersebut yang telah diadakan di IOWA State University, USA dari 5 Jun hingga 17 Jun 2015. Pasukan FPS ini dibimbing oleh Puan Lalitha, Puan Ng Bee Ling dan Puan Nalini Thangavelloo.Tahniah diucapkan.

 

 

 

Last Updated on Wednesday, 08 July 2015 09:16
 
Surat Edaran Murid PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 06 July 2015 13:07

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada para ibu bapa, 2 helaian surat edaran telah dikeluarkan hari ini kepada murid-murid iaitu mengenai :

  1. UJIAN DIAGNOSTIK JAWI (Murid-murid Islam Tahun 2,3,4,5 dan 6)
  2. SUMBANGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA' RAMADHAN.

Sila rujuk anak-anak tuan/puan untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, Terima Kasih.

 

Last Updated on Wednesday, 08 July 2015 10:34
 
Tahniah Pasukan Choral Speaking Sekolah PDF Print E-mail
Written by Naqib Ibrahim   
Friday, 26 June 2015 07:46

 

SK Seri Bintang Utara telah menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Jun 2015 yang lalu bertempat di SK Batu Muda, Sentul. Pasukan sekolah telah mempersembahkan sebuah persembahan yang bertajuk "Superheroes" dengan dibimbing oleh En. Naqib Ibrahim, Pn Saraswathy dan Pn Nur Rohaila. Hasil usaha dan dedikasi guru dan murid-murid, SK Seri Bintang Utara telah berjaya memenangi tempat kedua peringkat WPKL dan mengekalkan kedudukan tempat pertama bagi Zon Pudu. Tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SK Seri Bintang Utara di atas kejayaan yang diperolehi dan terima kasih juga di atas sokongan dan bantuan ibubapa murid yang terlibat.

Last Updated on Friday, 26 June 2015 07:51
 
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN UKM 1 PROGRAM PERMATA PINTAR PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 22 June 2015 12:16

Perhatian kepada para ibu bapa dan murid-murid SKSBU, keputusan Ujian UKM 1 bagi tujuan kelayakan menduduki Ujian UKM 2 boleh mula disemak di url:  http://semak.permatapintar.edu.my

Sekiranya anak-anak tuan/puan layak menduduki Ujian UKM2, mohon jasa baik tuan/puan untuk maklumkan kepada pihak sekolah. Makluman boleh disampaikan melalui anak tuan/puan kepada Guru Penyelaras Bestari, En Mohd Hafiz Bin Ahmad Tamizi.

Sekian, Terima Kasih.

 
Program Ihya Ramadan & Penghayatan Nilai Murni PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 17 June 2015 11:07

 

17 Jun 2015 - Majlis Sambutan Ihya Ramadan dan Penghayatan Nilai Murni telah diadakan secara ringkas namun penuh dengan pengisian pada hari ini. Program dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Pn Hjh junaidah bt Tamby Hashim, Guru Besar SKSBU. Seterusnya program diteruskan dengan persembahan pentomin penuh bermakna oleh murid-murid tahun 5. Acara diakhiri dengan gimik pengumuman tarikh permulaan puasa oleh adik Luqman Hakim.

Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada seluruh warga sekolah dan para ibu bapa. Semoga Ramadan kali ini memberi lebih erti kepada kita semua.

Last Updated on Wednesday, 17 June 2015 11:23
 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini54
mod_vvisit_counterSemalam840
mod_vvisit_counterMinggu Ini54
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5581
mod_vvisit_counterBulan Ini12403
mod_vvisit_counterBulan Lepas15385

We have: 44 guests online
Sekarang: 24/09/2017 00:37
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.