real estate menu left
real estate menu right









Foto Aktiviti

fotorawak.gif

Daftar Tahun 1 / 2019

Blog Sekolah

Mutiara Kata

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Bil Kunjungan Sekarang

We have 10 guests online

Maklumat Sekolah

Alamat Sekolah

SK Seri Bintang Utara
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-92838284
Fax: 03-92838278

e-mel sekolah: gurubesar@sksbu.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah
:

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh &
2.00 - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh &
2.45 -5.00 ptg

Program FUTURE PROBLEM SOLVING (FPS) PDF Print E-mail
Written by Nalini Thangavelloo   
Wednesday, 08 July 2015 09:09

 

Pasukan Future Problem Solving (FPS) SK Seri Bintang Utara telah dipilih sebagai ‘finalist’ dalam pertandingan Community Problem Solving (CmPS). Seramai 6 orang murid Tahun 6 iaitu Nadiah Hakim, Iyman Bt Muhammad Kamal, Alia Natasha Bt Abdul Hai, Myra Alyssa Faizal, Shavania Nisha Naidu A/P Basandan, Nooramierah Liyana Bt Noorsuzamir telah mewakili pasukan sekolah ke pertandingan tersebut yang telah diadakan di IOWA State University, USA dari 5 Jun hingga 17 Jun 2015. Pasukan FPS ini dibimbing oleh Puan Lalitha, Puan Ng Bee Ling dan Puan Nalini Thangavelloo.Tahniah diucapkan.

 

 

 

Last Updated on Wednesday, 08 July 2015 09:16
 
Surat Edaran Murid PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 06 July 2015 13:07

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada para ibu bapa, 2 helaian surat edaran telah dikeluarkan hari ini kepada murid-murid iaitu mengenai :

  1. UJIAN DIAGNOSTIK JAWI (Murid-murid Islam Tahun 2,3,4,5 dan 6)
  2. SUMBANGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA' RAMADHAN.

Sila rujuk anak-anak tuan/puan untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, Terima Kasih.

 

Last Updated on Wednesday, 08 July 2015 10:34
 
Tahniah Pasukan Choral Speaking Sekolah PDF Print E-mail
Written by Naqib Ibrahim   
Friday, 26 June 2015 07:46

 

SK Seri Bintang Utara telah menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Jun 2015 yang lalu bertempat di SK Batu Muda, Sentul. Pasukan sekolah telah mempersembahkan sebuah persembahan yang bertajuk "Superheroes" dengan dibimbing oleh En. Naqib Ibrahim, Pn Saraswathy dan Pn Nur Rohaila. Hasil usaha dan dedikasi guru dan murid-murid, SK Seri Bintang Utara telah berjaya memenangi tempat kedua peringkat WPKL dan mengekalkan kedudukan tempat pertama bagi Zon Pudu. Tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SK Seri Bintang Utara di atas kejayaan yang diperolehi dan terima kasih juga di atas sokongan dan bantuan ibubapa murid yang terlibat.

Last Updated on Friday, 26 June 2015 07:51
 
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN UKM 1 PROGRAM PERMATA PINTAR PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 22 June 2015 12:16

Perhatian kepada para ibu bapa dan murid-murid SKSBU, keputusan Ujian UKM 1 bagi tujuan kelayakan menduduki Ujian UKM 2 boleh mula disemak di url:  http://semak.permatapintar.edu.my

Sekiranya anak-anak tuan/puan layak menduduki Ujian UKM2, mohon jasa baik tuan/puan untuk maklumkan kepada pihak sekolah. Makluman boleh disampaikan melalui anak tuan/puan kepada Guru Penyelaras Bestari, En Mohd Hafiz Bin Ahmad Tamizi.

Sekian, Terima Kasih.

 
Program Ihya Ramadan & Penghayatan Nilai Murni PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Wednesday, 17 June 2015 11:07

 

17 Jun 2015 - Majlis Sambutan Ihya Ramadan dan Penghayatan Nilai Murni telah diadakan secara ringkas namun penuh dengan pengisian pada hari ini. Program dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Pn Hjh junaidah bt Tamby Hashim, Guru Besar SKSBU. Seterusnya program diteruskan dengan persembahan pentomin penuh bermakna oleh murid-murid tahun 5. Acara diakhiri dengan gimik pengumuman tarikh permulaan puasa oleh adik Luqman Hakim.

Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada seluruh warga sekolah dan para ibu bapa. Semoga Ramadan kali ini memberi lebih erti kepada kita semua.

Last Updated on Wednesday, 17 June 2015 11:23
 
Lawatan Penanda Aras (April - Mei) PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Monday, 25 May 2015 05:11

T

Terima kasih atas kunjungan tuan-tuan dan puan-puan ke SK Seri Bintang Utara. Semoga kedua-dua pihak beroleh manfaat hasil daripada lawatan tersebut.

 

 

Last Updated on Monday, 25 May 2015 05:19
 
Maclay Ungguli Kejohanan Balapan & Padang SKSBU 2015 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Thursday, 21 May 2015 04:55

Kejohanan Balapan dan Padang Kali-51 Tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei yang lalu. Kejohanan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Datuk Zolkopli Bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Penyelarasan Projek Khas. Turut hadir memeriahkan kejohanan, Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim, Guru Besar SK Seri Bintang Utara dan En Md Fauzee B Ishak, YDP PIBG SKSBU. Kejohanan kali ini turut diserikan lagi dengan larian obor diketuai oleh En Mohd Hafiz Bin Idrus.

Tahniah kepada Rumah Maclay (Biru) kerana berjaya mengungguli Kejohanan Balapan dan Padang tahun ini. Kehebatan Maclay bermula sejak awal lagi apabila jauh mendahului rumah-rumah lain sebelum kejohanan berlangsung iaitu melalui acara sukantara dan acara padang.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan :

Johan Keseluruhan

Maclay

Naib Johan

Shirtliff

Perbarisan dan Formasi Terbaik

Cooke

Hiasan Rumah Terbaik

Maclay

Berikut pula adalah penerima Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sekolah :

Anugerah

Nama

Pencapaian

Rumah

Olahragawan Sekolah

Riyan Hanriq Mason

4 Emas

Shirtliff

Olahragawati Sekolah

Maisarah Aliah Bt M. Marwazi

3 Emas, 1 Perak

Prouse

Olahragawan Harapan (T5)

Riyan Hanriq Mason

4 Emas

Shirliff

Olahragawati Harapan (T5)

Callista Esther A/P Clement Wilson

2 Emas, 1 Gangsa

Maclay

Olahragawan Harapan (T4)

Asyraf Hazrul

1 Emas, 2 Perak

Maclay

Olahragawati Harapan (T4)

Nurul Nabilah Bt Mahadi Amir

2 Emas, 2 Perak

Prouse

Lihat Galeri Foto atau klik sini untuk melihat gambar sekitar kejohanan.

“Majulah Sukan untuk SKSBU”


 

Last Updated on Thursday, 21 May 2015 05:57
 
JADUAL PENILAIAN SUMATIF (BULAN MEI) SEMESTER 1 /2015 PDF Print E-mail
Written by Hafiz Tamizi   
Tuesday, 14 May 2013 00:30

Berikut adalahJADUAL PENILAIAN SUMATIF (BULAN MEI) SEMESTER 1 /2015. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid SK Seri Bintang Utara dan semoga berjaya dengan cemerlang.

 

TAHAP 1 ( TAHUN 1 ,2 & 3)

Hari/Tarikh

Mata Pelajaran

Masa

Tempoh

Catatan

JUMAAT

15.5.2015

Pendidikan Muzik

7.45-8.45 pagi

1 jam

Tahun 1, 2 & 3

Bahasa Arab

10.30-11.30 pagi

1 jam

Murid Islam Sahaja

ISNIN

18.5.2015

Pendidikan Agama Islam /Pendidikan Moral

10.00-11.00 pagi

1 jam

Tahun 1, 2 &3

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

11.30-12.30 tgh

1 jam

SELASA

19.5.2015

Bahasa Malaysia - Kertas 1

7.50-8.50 pagi

1 jam

Tahun 1,2&3

Bahasa Malaysia – Kertas 2

11.45-1.00 tgh

1 jam 15 min

RABU

20.5.2015

Matematik

7.45-9.00 pagi

1 jam 15 min

Tahun 1, 2 & 3

Bahasa Inggeris

11.00-12.30 tgh

1 jam 30 min

KHAMIS

21.5.2015

Pend. Jawi (Murid Islam)

7.45-8.45 pagi

1 jam

Murid Islam Sahaja

Pendidikan Seni & Visual

10.30-12.30 tgh

2 jam

Tahun 1, 2 & 3

JUMAAT

22.5.2015

Sains

7.45-9.00 pagi

1 ¼ jam

Tahun 1, 2 & 3

TAHAP 2 ( TAHUN 4,5 & 6)

Hari/Tarikh

Mata Pelajaran

Masa

Tempoh

Catatan

KHAMIS

14.5.2015

Pendidikan Muzik

11.00 -12.00 tgh

1 jam

Tahun 4, 5 & 6

Pendidikan Agama Islam /Pendidikan Moral

1.00-2.00 ptg

1 jam

JUMAAT

15.5.2015

Kajian Tempatan

8.00-9.00 pg

1 jam

Tahun 6

Sejarah

8.00-9.15 pg

1 ¼ jam

Tahun 4 & 5

Bahasa Arab

10.50-11.50 pg

1 jam

Tahun 4,5 & 6

ISNIN

18.5.2015

Bahasa Malaysia – Kertas 1

8.30-9.20 pagi

50 min

Tahun 6

8.30-9.30 pagi

1 jam

Tahun 4 & 5

B. Malaysia – Kertas 2

11.00-12.15 tgh

1 jam 15 min

Tahun 4, 5 & 6

Pendidikan Jawi

1.00-2.00 ptg

1 jam

SELASA

19.5.2015

Matematik – Kertas 1

8.00 - 9.00 pagi

1 jam

Tahun 4, 5 & 6

Matematik – Kertas 2

11.00-11.40 pg

40 min

Kemahiran Hidup

1.00 – 2.00 ptg

1 jam

Tahun 6

RBT & TMK

Tahun 4 & 5

RABU

20.5.2015

Bahasa Inggeris

8.00-9.30 pagi

1 ½ jam

Tahun 4 & 5

B. Inggeris – Kertas 1

8.00-8.50 pg

50 min

Tahun 6

B. Inggeris – Kertas 2

11.00-12.15 tgh

1 ¼ jam

Pendidikan Kesihatan

1.00 – 2.00 ptg

1 jam

Thn 4 & 5

PJK

Tahun 6

KHAMIS

21.5.2015

Sains

8.00-9.15 pg

1 ¼ jam

Tahun 4 & 5

Sivik & Kewarganegaraan

1.00-2.00 ptg

1 jam

Tahun 6

JUMAAT

22.5.2015

Pend. Seni & Visual

7.50-9.50 pg

2 jam

Tahun 4, 5 & 6

Makluman

  • Ejaan dan Rencana (BM & BI) akan dijalankan pada tarikh di antara 22-27 mei 2015
  • Kelas J-Qaf, kelas tambahan Linus serta aktiviti tambahan selepas sesi persekolahan ditangguhkan sepanjang tempoh peperiksaan ini.   Namun aktiviti tambahan berbayar seperti taekwando berjalan seperti biasa.
  • Julat markah dan gred peperiksaan yang baharu (KSSR) telah diedarkan kepada murid sebelum ini. Sila rujuk anak tuan-tuan dan puan-puan.

 


 

Last Updated on Thursday, 14 May 2015 14:21
 
Ucapan Penghargaan dan Makluman PDF Print E-mail
Written by Hafiz   
Saturday, 09 May 2015 19:18

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang SK Seri Bintang Utara kali ke-51 pada kali ini. Terima kasih kepada barisan kepimpinan PIBG, guru-guru KAFA SKSBU dan ibu bapa yang hadir dalam memberi sumbangan dan sokongan bagi memastikan kejohanan pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Laporan penuh kejohanan akan dikemaskini pada minggu hadapan apabila pengumuman Juara Keseluruhan Rumah Sukan, Perbarisan dan Hiasan Rumah hanya akan dilakukan pada hari Selasa 12 Mei 2015.

Sebagai makluman kepada para ibu bapa, hari Isnin 11 Mei 2015 merupakan cuti peristiwa. Murid-murid diminta hadir semula ke sekolah pada hari Selasa 12 Mei 2015.

Sekian,

"Majulah sukan untuk SKSBU"

Last Updated on Saturday, 09 May 2015 19:43
 
Kem Lencana Kemajuan Keris Gangsa PDF Print E-mail
Written by Nalini Thangavelloo   
Tuesday, 05 May 2015 13:41

Unit Ko-Kurikulum Pengakap Kanak-kanak SK Seri Bintang Utara telah mengadakan Kem Lencana Kemajuan Keris Gangsa pada 24-26 April 2015 yang lalu. Seramai 115 ahli pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah mengikuti kem tersebut. Pelbagai aktiviti dan ujian telah dijalankan bagi melayakkan peserta untuk memperolehi Lencana Keris Gangsa. Selain daripada itu, pihak penganjur juga telah mengambil inisiatif mendaftarkan para peserta termasuk pemimpin secara online di World Organization of Scout Movement (WOSM).

Perkhemahan julung kali ini adalah hasil kerjasama bersama Unit Ko-Kurikulum IPGM Kampus Ilmu Khas. Majlis Penyampaian Lencana dan Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap WP Kuala Lumpur. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan pada kali ini.

"Buat Habis Baik"

 

 

Last Updated on Tuesday, 05 May 2015 14:05
 
Perkhemahan Pengakap PDF Print E-mail
Written by Taufik Jamal   
Friday, 24 April 2015 09:10

 
« StartPrev12345678910NextEnd »


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini10
mod_vvisit_counterMinggu Ini10
mod_vvisit_counterBulan Ini10

We have: 10 guests online
Sekarang: 20/10/2018 19:23
Visitors Counter

Berita Terkini

Muat Turun


Powered by Joomla!. Designed by: site hosting business how vps reseller works Valid XHTML and CSS.