Selamat Bersara Pn Lily Print
Written by Hafiz Tamizi   
Monday, 16 October 2017 11:31

06 Okt 2017 (Jumaat) - Hilangnya sebutir lagi permata di SK Seri Bintang Utara. Pn Lily Rashimah Bt Abd Rasool, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menamatkan perkhidmatan setelah lebih 39 tahun menabur bakti dalam dunia pendidikan. Menarik mengenai perkhidmatan Pn Lily, beliau hanya berkhidmat di sekolah yang sama sejak beliau melapor diri sebagai guru kali pertama pada tahun 1978. Bermula di SRK Bukit Bintang 1 (BBGS) sehinggalah sekolah dipindahkan di tapak sekarang  pada tahun 2001. Kasih sayang beliau terhadap sekolah ini tiada tolok bandingnya. Sekolah ini telah beliau anggap sebagai rumah kedua.

Terima kasih Pn Lily di atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan. Majlis dirancang sebaik mungkin bagi mengenang segala jasa beliau. Bermula dengan perarakan menaiki kereta berhias, beliau disambut dengan persembahan silat seterusnya di bawa ke pelamin dihias indah. Seterusnya adalah ucapan wakil murid, bekas murid, wakil guru, ucapan khas oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan ucapan anak beliau. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat oleh Pn Lily sendiri. Beliau seterusnya dibawa ke Taman Herba untuk menanam pokok sebagai simbolik persaraan.

Pelbagai persembahan disajikan antaranya, persembahan gendang cina, persembahan murid-murid tahun 1 dibawah bimbingan Pn Hafizah dan Cik Nadiah, Persembahan Angklung, Persembahan murid-murid Tahun 5 Cemerlang ( Kelas yang diajar Pn Lily pada tahun ini) yang dibimbing oleh Pn Norsyuhada dan paling istimewa persembahan guru-guru perempuan yang pastinya sangat menyentuh emosi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata. Kehadiran ramai bekas-bekas guru SKSBU yang pernah berkhidmat bersama Pn Lily turut mewarnai majlis sambutan ini.

Terima kasih Pn Lily. Jasa dan bakti pasti dalam ingatan.

Last Updated on Monday, 16 October 2017 12:18