SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

HEM



  • 30 Jan 2018 - Pada hujung minggu yang lalu, Pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah dengan penglibatan hampir 170 orang peserta. Penglibatan peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Jawatankuasa Tertinggi Badan-badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan. 


  • Pada 1 dan 2 Mac 2019 yang lalu,seramai 177 orang pemimpin muda sekolah terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah Dan AJK Tertinggi Unit Kokurikulum telah mengahadiri satu Kem Kepimpinan Pemimpin Sekolah yang diadakan di SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada pihak penadbir, dan pihak konsultan atas sokongan padu dalam menjayakan kem ini. Semoga para pemimpin muda sekolah dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

    Gambar sekitar program klik sini.
  • Telah dijalankan pada 19 Mac 2019 (Selasa). Murid-murid sentiasa diingatkan untuk mematuhi prosedur sekiranya mendengar loceng kecemasan. Latihan kali pertama pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Foto sekitar latihan dijalankan, klik sini.

  • 8 Mac 2019 - Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada pemimpin-pemimpin kecil sekolah yang telah diberi kepercayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Majlis Pelantikan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Puan Noriah Bt Hj Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG, En Hakim bin Hamzah bersama AJK-AJK PIBG yang lain. Melalui majlis tersebut, semua pengawas yang dilantik telah menerima watikan dan sijil pelantikan. Seterusnya bacaan ikrar oleh setiap badan pengawas diketuai oleh ketua masing-masing yang turut diumum pada hari yang sama. Berikut adalah ketua-ketua bagi setiap badan pengawas ;

    Ketua Pengawas Sekolah  : Nyssa Fariheen Bt Mohd Nazimi (6 Bestari)
    Ketua Pengawas Pusat Sumber  : Loong Min Li (6 Bestari)
    Ketua Pengawas SPBT : Muhammad Hariz Bin Azrul (6 Cemerlang)

    Selamat Menjalankan Tugas ! Laksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

    Foto sekitar majlis di sini.

  • 09 Feb 2018 (Jumaat) - Pemimpin sekolah yang dilantik ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Duta Penggerak Digital (DMC), Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan skuad Combi.
  • 5 Feb 2018 - Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM100 bagi setiap seorang murid sekolah kerajaan yang layak mengikut syarat kriteria kelayakan terima bantuan awal persekolahan 2018. Sehubungan itu, Ibu bapa/penjaga yang layak telah hadir ke sekolah bagi menerima bantuan tersebut. Bantuan Persekolahan RM100 setiap murid sekolah dari keluarga berpendapatan rendah ini diberikan setiap tahun kepada murid yang layak. Bantuan ini telah disampaikan oleh YH Dato’ Wasi Khan bin Israr Ahmad (CEO Armada Holdings) di iringi oleh YDP PIBG En. Md Fau’zee bin Ishak dan Guru Besar SKSBU Pn. Noriah binti Ismail. Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan ini berlangsung di Laman Bestari pada pukul 10.40 hingga 11.30 tengah hari.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

139366
Hari IniHari Ini176
SemalamSemalam428
Minggu IniMinggu Ini1589
Bulan IniBulan Ini7399