SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

Kokurikulum



  • 30 Jan 2018 - Pada hujung minggu yang lalu, Pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah dengan penglibatan hampir 170 orang peserta. Penglibatan peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Jawatankuasa Tertinggi Badan-badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan. 

  • 10 Apr 2018 - Pada 6 dan 7 April 2018 yang lalu, seramai 96 ahli Pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri satu Perkhemahan Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Cheras dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lembah Pantai,Pen.Pesuruhjaya Cheras atas sokongan padu dalam menjayakan perkhemahan ini.Tahniah! Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak SKSBU !

    Galeri gambar di sini.
    (Guru-guru atau sesiapa sahaja yang mempunyai gambar simpanan peribadi berkaitan perkhemahan ini boleh berkongsi gambar tersebut melalui google photos yang disediakan)
  • Pada perhimpunan minggu ke-9 yang lalu (Isnin 26 Feb 2018), telah diumumkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh murid-murid SK Seri Bintang Utara. Berikut adalah kejayaan tersebut.

    1) Kursus Kenaikan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) WPKL

    Tahniah di atas kejayaan dua orang murid Tahun 6 iaitu Muhammad Adam dan Imran yang telah menerima kenaikan pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pangkat Sarjan merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai bagi seorang anggota TKRS. Kursus Kenaikan Pangkat ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMK Taman Tun Dr Ismail pada 23-25 Feb yang lalu melibatkan seluruh anggota TKRS sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid telah diuji dengan pelbagai kemahiran seperti kawad kaki, ikatan tali, pandu arah, kraf dan sebagainya bagi melayakkan sesoeorang itu dianugerahkan dengan pangkat. 

    Tahniah diucapkan sekali lagi. Sebagai pemegang pangkat (Rank Holder), jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. 


    2) Bintang Kecemerlangan Tahun 6 #1

    Bintang Kecemerlangan ini merupakan pengiktirafan khusus kepada murid tahun 6 yang mencapai semua A dalam setiap ujian penilaian/peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi ujian diagnostik yang telah dijalankan, seramai 3 orang murid mendapat pengiktirafan ini. Semoga akan lebih ramai murid yang akan naik ke pentas bagi menerima bintang kecemerlangan ini pada ujian/penilaian yang seterusnya.

    Tahniah!

  • Perhimpunan Bulanan Badan Beruniform diadakan pada hari Isnin minggu ke-3 setiap bulan. Guru dan murid-murid Tahap 2 dikehendaki memakai uniform lengkap badan beruniform masing-masing. Jawatankuasa tertinggi setiap badan beruniform akan mengendalikan perhimpunan rasmi mengikut giliran. Perhimpunan Bulanan pertama tahun ini telah dilaksanakan pada hari Isnin yang lalu (15 Januari 2018). 


  • Pada 30.01.18 yang lalu, Panitia Sejarah dengan kerjasama Kelab Rukun Negara telah menganjurkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat sekolah di Laman Bestari. Sambutan tersebut telah bermula pada pukul 7:40 pagi dan berakhir pada pukul 8:30 pagi yang melibatkan semua guru dan murid. Atur cara majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan lagu Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar iaitu Puan Noriah binti Abd Ghani. Kemudian, guru besar berserta para guru penolong kanan telah menarik tirai di papan pameran sebagai simbolik perasmian majlis. Persembahan semula Deklarasi Pemasyhuran Wilayah Persekutuan telah dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis diakhiri dengan kuiz bertemakan Wilayahku Kebanggaanku yang telah  dikendalikan oleh Encik Taufiq.


  • 29 Jan 2018 - Pada tahun ini, SK Seri Bintang Utara telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Pudu. Kejohanan telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 Januari sehingga 25 Januari 2018 yang lalu bertempat di Padang Kompleks Seri Bintang. Sebanyak 19 buah pasukan lelaki dan 16 buah pasukan perempuan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Kejohanan berlangsung dengan jayanya walaupun dalam keadaan padang yang kurang baik. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Bintang Utara, Pn Siti Hanim Bt Ismail bagi mewakili Guru Besar.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

25992
Hari IniHari Ini44
SemalamSemalam95
Minggu IniMinggu Ini44
Bulan IniBulan Ini2631