SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

Kurikulum


  • 14 Apr 2018 - SKSBU terus pamer kecemerlangan. Adik Hana Batrisyia dan Muhammad Afham yang muncul Johan dalam kategori masing-masing dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) di peringkat zon yang lalu meneruskan kecemerlangan semasa bertanding di peringkat negeri. Adik Hana Batrisyia mengharumkan nama sekolah apabila muncul johan negeri bagi kategori Tilawah al-Quran manakala Muhammad Afham muncul pemenang tempat ketiga bagi kategori Hafazan. Pertandingan telah diadakan pada 14 april (Sabtu) bertempat di SK Kiaramas. Tahniah diucapkan!

           Turut berlangsung pada hari yang sama ialah Festival Kesenian Islam (Peringkat Kebangsaan SBT) anjuran SK Convent Taiping, Perak. Festival ini melibatkan sekolah-sekolah dari seluruh negara yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi. SK Seri Bintang Utara di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi pertandingan yang diadakan antaranya pertandingan Kalam Jamaie, Nyanyian Arab dan pertandingan Bercerita.  Berikut adalah pencapaian sekolah dalam festival tersebut :

    Pertandingan Pencapaian
    1. Kalam Jama'ie Emas ke-3
    2. Nyanyian Arab Perak pertama
    3. Bercerita Emas ke-4

    Tahniah diucapkan atas pencapaian yang ditunjukkan. Kejayaan hanya akan terhasil melalui latihan dan usaha keras yang sudah tentu menuntut pelbagai pengorbanan. Syabas dan Tahniah!

    Lihat foto yang lain di sini.


  • 12 Mac 2018 - Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Seri Bintang Utara yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Zon Pudu yang diadakan pada 10 Mac yang lalu bertempat di SK Taman Midah 2. Berikut adalah pencapaian sekolah dalam majlis tersebut.

    1. Hana Batrisyia Bt Fairuz (6 Bestari) - Johan Tilawah (P)
    2. Muhammad Afham Bin Mohd Faizal (6 Bestari) - Johan Hafazan (L)
    3. Yusuf Ashraf Bin Amran (5 Bestari) - Tempat Ketiga Tilawah (L)
    4. Myriam Khayra Bt Mohammad Azren (4 Bestari) - Saguhati Bercerita 

    Tahniah! Bagi murid yang akan mewakili zon ke peringkat negeri, Selamat Maju Jaya. Semoga beroleh pencapaian yang lebih membanggakan.
  • Pada perhimpunan minggu ke-9 yang lalu (Isnin 26 Feb 2018), telah diumumkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh murid-murid SK Seri Bintang Utara. Berikut adalah kejayaan tersebut.

    1) Kursus Kenaikan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) WPKL

    Tahniah di atas kejayaan dua orang murid Tahun 6 iaitu Muhammad Adam dan Imran yang telah menerima kenaikan pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pangkat Sarjan merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai bagi seorang anggota TKRS. Kursus Kenaikan Pangkat ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMK Taman Tun Dr Ismail pada 23-25 Feb yang lalu melibatkan seluruh anggota TKRS sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid telah diuji dengan pelbagai kemahiran seperti kawad kaki, ikatan tali, pandu arah, kraf dan sebagainya bagi melayakkan sesoeorang itu dianugerahkan dengan pangkat. 

    Tahniah diucapkan sekali lagi. Sebagai pemegang pangkat (Rank Holder), jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. 


    2) Bintang Kecemerlangan Tahun 6 #1

    Bintang Kecemerlangan ini merupakan pengiktirafan khusus kepada murid tahun 6 yang mencapai semua A dalam setiap ujian penilaian/peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun. Bagi ujian diagnostik yang telah dijalankan, seramai 3 orang murid mendapat pengiktirafan ini. Semoga akan lebih ramai murid yang akan naik ke pentas bagi menerima bintang kecemerlangan ini pada ujian/penilaian yang seterusnya.

    Tahniah!


  • 03 Mei 2019 (Jumaat)
    - Perasmian Program Ihya' Ramadan telah dirasmikan oleh Pn Noriah Bt Hj Ismail, Guru Besar SK Seri Bintang Utara. Majlis Perasmian dimulakan dengan bacaan Tilawah al-Quran oleh adik Yusuf Ashraf (6 Bestari), pementasan pentomin dan gimik pengumuman tarikh mula puasa oleh murid-murid. Majlis disusuli dengan ucapan guru besar, Pn Noriah. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Panitia Pendidikan Islam telah menyusun pelbagai program sempena bulan Ramadan. Program Tadarus al-Quran pada waktu rehat, Solat Sunat Dhuha dan kemuncak program pada 23 Mei ini iaitu Majlis Khatam al-Quran.

    Galeri Foto di sini.
  • 19 Januari 2018 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 19 Januari 2018 bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.
  • 18 Januari 2019 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 18 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. 


  • Program Reading Rocks merupakan satu program khusus untuk memberi motivasi dan seterusnya melahirkan tabiat membaca buku Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SKSBU. Pelaksanan program ini bersifat pertandingan di mana bilangan buku terbanyak yang dicatatkan di buku Nilam akan diberi penghargaan mengikut aliran.

    Justeru itu, satu majlis pemberian tropi dan lencana untuk pembaca terbanyak setiap aliran untuk Semester 1/2018 telah diadakan pada 9hb Julai 2018.

    Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:
    Tahun 1 : Nur Eryna Keysha Binti Mohd Hafiz (1 Cemerlang)
    Tahun 2 : Puteri Khalisa Zahra Binti Mohd Hisham ( 2 Bestari)
    Tahun 3 : Kushalini A/P Jason Rao (3 Bestari)
    Tahun 4 : Hussein Bin Hakim (4 Bestari)
    Tahun 5 : Roobananthan A/P Paramananthan ( 5 Inovatif)
    Tahun 6 : Elly Mazlin Binti Mohd Zamir (6 Bestari)

  • Pada 30.01.18 yang lalu, Panitia Sejarah dengan kerjasama Kelab Rukun Negara telah menganjurkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat sekolah di Laman Bestari. Sambutan tersebut telah bermula pada pukul 7:40 pagi dan berakhir pada pukul 8:30 pagi yang melibatkan semua guru dan murid. Atur cara majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan disusuli dengan lagu Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar iaitu Puan Noriah binti Abd Ghani. Kemudian, guru besar berserta para guru penolong kanan telah menarik tirai di papan pameran sebagai simbolik perasmian majlis. Persembahan semula Deklarasi Pemasyhuran Wilayah Persekutuan telah dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis diakhiri dengan kuiz bertemakan Wilayahku Kebanggaanku yang telah  dikendalikan oleh Encik Taufiq.


  • 31 Januari 2019 - Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun pada tanggal 01 Februari. SK Seri Bintang Utara turut sama meraikan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 bertemakan 'Sayangi Wilayahku'.  Pada sambutan kali ini, Ketua Panitia Sejarah, Encik Mohammad Taufiq telah mengambil kesempatan menceritakan sejarah Wilayah Persekutuan dan keistimewaan Wilayah. Berdasarkan fakta dan maklumat yang disampaikan melalui penceritaan beliau, murid telah diberi peluang untuk menjawab beberapa soalan kuiz. 

    Klik sini untuk melihat suasana sambutan.

  • Awal Muharram tahun ini jatuh pada hari Selasa 11 September 2018. Sehubungan dengan itu, satu majlis sambutan peringkat sekolah telah diadakan pada hari 14 September 2018 (Jumaat) yang lalu. Pihak sekolah melalui Panitia Agama Islam telah menjemput dan menampilkan penceramah yang sering muncul di kaca televisyen ketika ini iaitu Ustaz Mohd Safwan Syafiq. Selesai slot ceramah, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pn Noriah Hj Ismail yang kemudiannya melancarkan gimik perasmian. Majlis turut diserikan dengan persembahan murid dan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah. Tahniah kepada adik Muhammad Afham dan Hana Batrisyia yang telah dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Kedua-duanya merupakan murid kelas 6 Bestari dan ketokohan mereka dinilai berdasarkan atas pencapaian dan sumbangan dalam aktiviti Pendidikan Islam. Turut Hadir memeriahkan majlis ialah Naib Yang diPertua PIBG, En Mohd Yusof.

    Gambar sekitar majlis di sini.

  • Pada 16 Mac 2019 yang lalu, iaitu hari yang sama ketika SK Sultan Idris II mengadakan lawatan ke SKSBU, satu Scrabble Workshop anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan di Makmal Sains 1. Seramai 38 orang murid dari tahun 3 hingga 6 menyertai bengkel tersebut. Bengkel tersebut diketuai oleh Encik Mohammad Ali Ismail, President Malaysian Scrabble Association dimana peserta diberi pendedahan mengenai kemahiran asas mengenai permainan Scrabble di samping mengetahui kebaikan permainan tersebut. Diharapkan lebih ramai murid-murid mempertingkatkan pengetahuan tentang permainan ini dan bukan sahaja sebagai hobi tetapi menyertai pertandingan di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.

    Tahniah kepada semua peserta !

    Untuk foto sekitar program klik sini. Klik juga pada pautan galeri foto dan video di sebelah kanan laman web ini untuk melihat aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

139731
Hari IniHari Ini110
SemalamSemalam431
Minggu IniMinggu Ini1954
Bulan IniBulan Ini7764