Pencapaian

  • Warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan tahniah kepada murid MUHAMMAD MUQRI AFKAR BIN MOHD YUSOF atas kejayaan menjadi Johan Program Syoknya Belajar Di Rumah anjuran Pusat STEM Negara. Murid tersebut telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai program tersebut dengan dorongan ibubapanya. Diharapkan beliau menjadi teladan kepada seluruh warga SKSBU untuk sentiasa berani mengambil peluang dan melangsungkan pembelajaran tanpa batasan pada setiap masa. Tahniah MUHAMMAD MUQRI AFKAR BIN MOHD YUSOF!


  • Program Reading Rocks merupakan satu program khusus untuk memberi motivasi dan seterusnya melahirkan tabiat membaca buku Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SKSBU. Pelaksanan program ini bersifat pertandingan di mana bilangan buku terbanyak yang dicatatkan di buku Nilam akan diberi penghargaan mengikut aliran.

    Justeru itu, satu majlis pemberian tropi dan lencana untuk pembaca terbanyak setiap aliran untuk Semester 1/2018 telah diadakan pada 9hb Julai 2018.

    Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:
    Tahun 1 : Nur Eryna Keysha Binti Mohd Hafiz (1 Cemerlang)
    Tahun 2 : Puteri Khalisa Zahra Binti Mohd Hisham ( 2 Bestari)
    Tahun 3 : Kushalini A/P Jason Rao (3 Bestari)
    Tahun 4 : Hussein Bin Hakim (4 Bestari)
    Tahun 5 : Roobananthan A/P Paramananthan ( 5 Inovatif)
    Tahun 6 : Elly Mazlin Binti Mohd Zamir (6 Bestari)

  • 01 Feb 2018 - Tahniah kepada murid-murid KAFA SK Seri Bintang Utara yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang telah diumumkan pada 29 Januari (Isnin) yang lalu. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan jangan berputus asa. Lakukan yang terbaik dalam menghadapi peperiksaan seterusnya.

    Foto sekitar Majlis Pengumuman di sini
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

765949
Hari IniHari Ini232
SemalamSemalam406
Minggu IniMinggu Ini1563
Bulan IniBulan Ini11081