Pengurusan dan Pentadbiran


  • 20 April 2019 (Sabtu) - Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan aktiviti gotong-royong pada tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini  adalah membersihkan kawasan taman herba, menanam dan menempatkan pokok-pokok hasil sumbangan ibu bapa, menampal simen lantai yang pecah, keceriaan tandas, membaiki gendang cina dan mengecat sekitar kawasan tempat letak kereta. Turut sama menjayakan program ini adalah ibu bapa Prasekolah (PEWARIS) yang hadir untuk keceriaan Prasekolah.

    Semoga usaha murni semua pihak ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa seterusnya menjadikan sekolah kawasan yang ceria dan selesa untuk anak-anak belajar. Pihak sekolah sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.


    Galeri foto di sini.

  • Cuti panjang sempena Hari Malaysia yang lalu dimanfaatkan sebaiknya oleh warga kerja SK Seri Bintang Utara dengan merancang perjalanan ke utara semenanjung merentasi sempadan negara. Perjalanan bermula pada sebelah malam hari Jumaat dan tiba di Padang Besar pada keesokan pagi. Suasana di sempadan sangat sesak apabila rata-rata rakyat Malaysia turut menggunakan peluang cuti panjang ini untuk bercuti di negara jiran. Hampir 4 jam barulah urusan di Imigresen selesai. Perjalanan diteruskan ke bandar Hatyai dengan mengikut program yang dirancang. Melalui percutian singkat ini, ahli rombongan berpeluang membeli-belah di kawasan tumpuan pelancong dan menikmati pelbagai jenis makanan di Khlonghae Floating Market dan bufet makanan laut yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Setelah seharian berjalan, pada keesokan hari (15 September), selesai sarapan pagi, ahli rombongan bersiap sedia untuk program seterusnya iaitu kembali semula ke tanah air dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah untuk lawatan penanda aras. Terima kasih kepada pihak pengurusan SKDWK atas perkongsian ilmu dan layanan mesra yang diberikan. Sekolah yang hebat dalam pencapaian kokurikulum dan keberhasilan kemenjadian murid. Semoga terus cemerlang pada masa-masa akan datang. 

    Klik sini untuk gambar-gambar sepanjang program.
    Klik sini untuk rangkuman video di Hatyai
    Klik sini untuk rangkuman video di SK Dato' Wan Kemara.
  • 5 April 2019 - Hari Bicara Ilmu merupakan peluang kepada ibu bapa dan guru kelas untuk membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak. Bagi murid-murid Tahap 2, perbincangan menjurus kepada ujian yang baru sahaja selesai dijalankan sebelum cuti pertengahan semester yang lalu. Bagi murid-murid tahap 1, tiada lagi peperiksaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perbincangan lebih kepada keupayaan murid menguasai atau tidak menguasai pentaksiran mata pelajaran yang dijalankan secara berterusan oleh guru dalam bilik darjah.  

    Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'. 

    Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.

    Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.

    Foto sekitar program, klik sini.

  • 26 Julai 2019 (Jumaat)
    - Seramai 8 orang guru termasuk Guru Besar, Pn Noriah Bt Ismail bersama 4 orang murid terdiri daripada AJK Tertinggi Pengawas Sekolah berpeluang ke Singapura untuk Program Jaringan Ilmu bersama CHIJ Our Lady of the Nativity (CHIJ OLN). Melalui program tersebut, pihak sekolah berasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di CHIJ OLN, salah sebuah sekolah terbaik di Singapura. Kedua-dua sekolah turut berkongsi ilmu mengenai sistem pendidikan terkini yang menjadi amalan negara masing-masing. Dapatan melalui program ini, SKSBU diharap dapat menambah baik amalan PdPC terutamanya dalam bidang ICT. Untuk pengetahuan juga, kolaborasi bersama CHIJ OLN juga sebenarnya telah bermula pada tahun 2010 lagi apabila SKSBU mula diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Kedua-dua sekolah saling berbalas kunjungan. Program pada tahun ini merupakan kunjungan kali ketiga SKSBU ke CHIJ OLN. Terima kasih CHIJ OLN atas kesudian menerima kunjungan kami.

    Saksikan rangkuman lawatan melalui video di bawah dan jangan lupa subscribe saluran rasmi youtube sekolah, Bintang Broadcasting Studio.

    Foto sekitar program, klik sini.

  • 16 Mac 2019 (Sabtu) - Terima kasih atas kesudian SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar (SKSI II) memilih SK Seri Bintang Utara sebagai destinasi pilihan untuk mengadakan lawatan penanda aras. SKSI II juga merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Rombongan SK Sultan Idris II hadir diketuai guru besarnya, Pn Hjh Hamsiah Bt Abang Mohtar bersama 37 ahli rombongan. Turut hadir menyertai rombongan ini ialah NYDP PIBG dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Nasib, Pn. Yong Rosidah Bt Abd Jabar. Kehadiran rombongan lebih kurang pukul 10 pagi disambut dengan persemabahan Gendang Cina, Tarian Selamat Datang dan Nyanyian Arab. Rombongan kemudian dibawa untuk sesi taklimat bersama guru besar dan sesi menandatangani Memerondum Persefahaman (MoU). Selesai menandatangani MoU dan penyampaian cenderahati, rombongan dibawa melawat ke bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas antaranya, Bintang Broadcasting Studio, Pusat Sumber i-LC, Bilik Audio Visual, Bilik Multimedia, Surau dan Frog Classroom.

    Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dibawa pulang. Sekiranya ada kelemahan dan kekurangan dari pihak kami, mohon ribuan kemaafan. Semoga jaringan kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih daun keladi atas kunjungan. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bersara kepada guru besar SKSI II, Pn Hjh Hamsiah yang bersara dalam masa terdekat ini. 

    Gambar sekitar lawatan, klik sini.
    Video sekitar lawatan, klik sini.

  • 16 Mei 2019 - Sempena Sambutan Hari Guru, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama keluarga di Laman Bestari.  Pada majlis beginilah keluarga besar SK Seri Bintang Utara dapat berkumpul dan beramah mesra bersama. Tahniah kepada BKGK atas penganjuran majlis ini dan terima kasih atas kehadiran semua.
    Foto sekitar majlis di sini.

  • 23 Mei 2019 - Program tahunan SK Seri Bintang Utara anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Moral setiap kali bulan Ramadan ini berlangsung seperti yang dirancang. Majlis Khatam al-Quran berlangsung di Surau Siti Khadijah al-Khuwailid bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi . Terima kasih atas kehadiran AJK PIBG dan ibu bapa yang turut memeriahkan program ini. Pihak sekolah turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang bermurah hati memberi sumbangan bagi menjayakan Majlis Khatam al-Quran ini. 
    Bagi Program Penghayatan Moral pula, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi murid-murid bukan beragama Islam. Program telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah dan bilik darjah.

    Foto sekitar majlis di sini.

  • 10 Mac 2018 - Sempena dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Bintang Utara, pihak sekolah di bawah Unit ICT dan Multimedia telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada umum khususnya kepada ibu bapa mengenai laman web sekolah yang berwajah baru dan juga saluran Youtube bagi mendokumentasikan laporan sekolah dalam bentuk video. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah bertempat di Frog Classroom pada pukul 10 pagi. Walaupun banyak sekolah telah menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Instagramdan Twitter dalam menyampaikan info sekolah, di SKSBU kami masih percaya laman web masih kekal relevan dengan ciri-ciri istimewanya dalam menyampaikan maklumat.

  • Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SKSBU pada tahun ini dengan kerjasama Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Boleh klik pada link berita Bernama di atas untuk berita yang lebih jelas. Terima kasih KOPETRO atas kehadiran dan sumbangan bendera dan button badge kepada seluruh warga sekolah.

    Foto sekitar program di sini.

  • 18 Februari 2019 - Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM melalui 'Program Jom ke Sekolah' telah dilancarkan secara serentak seluruh negara pada 18 Februari yang lalu iaitu pada waktu perhimpunan mingguan. Program ini merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah bertujuan menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.


  • 27 Apr 2019 - Tahniah Rumah Prouse (Ungu) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-55 yang berlangsung baru-baru ini.
  • 03 Mei 2019 -Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut lebih awal kerana tarikh 16 Mei jatuh pada bulan Ramadan. Hari Guru tahun ini disambut meriah dengan guru-guru memperagakan pakaian etnik antarabangsa. Acara bermula pada pukul 10.00 pagi dengan para guru berarak ke pentas untuk nyanyian lagu 'Guru Malaysia', bacaan ikrar dan pemotongan kek. Majlis diteruskan dengan beberapa buah persembahan nyanyian dari murid-murid dan guru. Beberapa anugerah telah disampaikan iaitu Kehadiran Penuh Guru Tahun 2018, Buku Rekod Mengajar Terbaik, Kehadiran Paling Awal dan Pakaian Tema Terbaik. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga menjadi inspirasi kepada guru-guru lain. Selesai majlis di Laman Bestari bersama murid-murid, agenda seterusnya adalah sesi jamuan dan bertukar-tukar hadiah antara guru.

    Tahniah juga kepada staf sekolah yang bertukar keluar atas kenaikan pangkat sebagai ketua kerani iaitu Puan Monalisa Bt AG Besar. Semoga terus maju di tempat baru. Beliau turut diraikan dalam majlis pada hari ini.

    Galeri Foto di sini.

  • 18 Jun 2019 (Selasa) - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah disambut meriah dengan pelbagai hidangan dan juadah yang dibawa oleh warga sekolah terutamanya murid-murid. Turut memeriahkan sambutan apabila PIBG berbesar hati menyumbang makanan berupa ayam goreng pada hari berkenaan. Kemeriahan hari raya dirasai dengan adanya hiasan pentas bertemakan keindahan beraya di suasana kampung. Terima kasih kepada Cikgu Faiq dan pasukan yang telah mengorbankan masa dan tenaga bagi menyiapkan hiasan tersebut. Selesai sesi di sebelah pagi bersama murid, di sebelah petang pula, satu sesi jamuan 'Rumah Terbuka' telah diadakan dengan jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu dan Guru Besar sekolah-sekolah berhampiran. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua yang sudi meluangkan masa. 

    Lihat kemeriahan suasana Hari Raya di sini.

  • 31 Jan 2019 - SK Seri Bintang Utara sekali lagi menjadi tuan rumah untuk tahun yang kedua dalam penganjuran Kejohanan Bola Baling peringkat Zon Pudu. Kejohanan berlangsung selama 4 hari bermula pada 28 Jan sehingga 31 Jan 2019. Kejohanan kali ini melibatkan 21 buah pasukan lelaki dan 17 buah pasukan perempuan. Tahniah kepada jawatankuasa yang bertugas dalam memastikan kejohanan berjalan dalam suasana yang lancar dan tersusun. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Kejohanan pada kali ini menunjukkan kehebatan SK Jalan Peel yang meraih kejuaraan berganda apabila memenangi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

    Klik sini untuk melihat aksi-aksi perlawanan yang berlangsung semasa peringkat separuh akhir.
  • Seluruh warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan Selamat Datang kepada Puan Noriah Bt Hj Ismail selaku guru besar yang baru menggantikan Puan Che Norizam Bt Abdullah serta Puan Noriyati Binti Pit sebagai Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum menggantikan Puan Lily Rashimah yang bersara wajib pada bulan Oktober lalu.

  • 2 Januari 2019 - Pihak pengurusan dan warga guru SK Seri Bintang Utara mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid. Kepada murid-murid Tahun 1, selamat datang dan tahniah kerana menjadi warga SKSBU. Selamat memulakan sesi persekolahan yang baru dengan semangat yang baru. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik. Tingkatkan usaha dan jaga penampilan agar SKSBU sentiasa kekal cemerlang sesuai dengan tagline sekolah "Committed Towards Excellence".

    Gambar sekitar hari pertama persekolahan di sinismile

    P/S : Bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan jadual waktu kelas, sila layari laman VLE Frog Sekolah.
  • Bil Nama Jawatan Alamat E-mel
    1  Noriah Bt Hj Ismail Guru Besar  gurubesar@sksbu.com
    2  Noriyati Bt Pit GPK T&K  noriyati@sksbu.com
    3  Siti Hanim Bt Ismail GPK HEM  hanim@sksbu.com
    4  Mohammad Nizam Bin Shamsudin GPK Kokurikulum  nizam_s@sksbu.com
    5  Ahmad Hambali Khalid Guru Penolong  hambali@sksbu.com
    6  Ahmad Nizam Yahya Guru Disiplin  ahmadnizam@sksbu.com
    7  Aimi Adhwa bt Abdull Kadir Guru Pendidikan Islam  aimi@sksbu.com
    8  Ainul Huda bt Abdul Halim Guru Penolong  ainulhuda@sksbu.com
    9  Aminah bt Jamaluddin Guru Penolong  aminah@sksbu.com
    10  Aniza bt Mahmod Guru Cemerlang  aniza@sksbu.com
    11  Anna Amat Guru Penolong  anna@sksbu.com
    12  Awatif Md Isa Guru Pendidikan Islam  awatif@sksbu.com
    13  Che Rahani Abdul Rahman Guru Penolong  rahani@sksbu.com
    14  Farhana Anisah Guru Pendidikan Islam  farhana@sksbu.com
    15  Fauziyah Mohamed Guru Pendidikan Islam  fauziyah@sksbu.com
    16  Goh Li Tian Guru Penolong  gohlitian@sksbu.com
    17  Hafizah Mohd Yusop Guru Penolong  hafizah@sksbu.com
    18  Hazirah Seman Guru Penolong  hazirah@sksbu.com
    19  Hu Pak Lim Guru Penolong  hu@sksbu.com
    20  J. Saira Banu  Guru Penolong  saira@sksbu.com
    21  Khairiati Bt Abu Hassan Guru Penolong  khairiati@sksbu.com
    22  Khairul Nazri Bin Mohd Yatim Guru Penolong  nazri@sksbu.com
    23  Lizalawati Marzuki Guru Penolong  lizalawati@sksbu.com
    24  Marzila Mustapa Delme Guru Pendidikan Islam  marzila@sksbu.com
    25  Mohamad Faiq Abd Ghani Guru Penolong  faiq@sksbu.com
    26  Mohamad Fitri Mohamad Mokhtar Guru Pendidikan Islam  fitri@sksbu.com
    27  Mohamad Taufiq Jamal Guru Penolong  taufiq@sksbu.com
    28  Mohd Fuzaimi Azizan Guru Penolong  fuzaimi@sksbu.com
    29  Mohd Muizzuddin Mohd Yatim Guru Pusat Sumber   muizzuddin@sksbu.com
    30  Mohd Shahril Ibrahim Guru Data  shahril@sksbu.com
    31  Mohd Syahir Abd Wahab Guru Penolong  syahir@sksbu.com
    32  Muhamad Hafiz Idrus Guru Penolong  hafiz_idrus@sksbu.com
    33  Muhammad Naqib Ibrahim Guru Penolong  naqib@sksbu.com
    34  Nadiah Has Bullah Guru Penolong  nadiah_hasbullah@sksbu.com
    35  Nalini Thangavelloo Guru Penolong  nalini@sksbu.com
    36  Natasha Helda Mohd Yusof Guru Penolong  natasha@sksbu.com
    37  Nik Nur Khalidah Nik Ahmad Saide Guru Penolong  khalidah@sksbu.com
    38  Noorasiah Ab Rahman Guru Pendidikan Islam  noorasiah@sksbu.com
    39  Noorhayati Aziz Guru Bimbingan  noorhayati@sksbu.com
    40  Noorlizah Zainal Guru Prasekolah  noorlizah@sksbu.com
    41  Noraini Mustafa Guru Pendidikan Islam  noraini@sksbu.com
    42  Norasyikin Bt Yaacob Guru Penolong  syikin@sksbu.com
    43  Norsyuhada Ismail Guru Penolong  norsyuhada@sksbu.com
    44  Nur Ain Nawwar Mohd Amin Guru Penolong  nawwar@sksbu.com
    45  Nur Aishah Ab Jalel Guru Prasekolah   nur aishah@sksbu.com
    46  Nur Atiqah Yaakub Guru Pendidikan Islam  atiqah@sksbu.com
    47  Nur Izzah Abd Tahrim Guru Penolong  izzah@sksbu.com
    48  Nuratikah Abu Samah Guru Pendidikan Islam  nuratikah@sksbu.com
    49  Nurul Alkariah Mat Lela Guru Penolong  nurul_alkariah@sksbu.com
    50  Rupazidah Mohd Zam Guru Penolong  rupazidah@sksbu.com
    51  Saraswathy Palasubramaniam Guru Penolong  saras@sksbu.com
    52  Sareah Arshad Guru Penolong  sareah@sksbu.com
    53  Sharifah Aida Norma  Guru Penolong  aida@sksbu.com
    54  Siti Firza Mohd Marji Guru Pendidikan Islam  firza@sksbu.com
    55  Siti Habsah Md Shuid Guru Penolong  habsah@sksbu.com
    56  Siti Mariam Daud Guru Penolong  sitimariam@sksbu.com
    57  Siti Noor Fatirah Binti Fadzil Guru Penolong  fatirah@sksbu.com
    58  Siti Nursyahiirah Bt Hasan Guru Penolong  syahiirah@sksbu.com
    59  Sitti Nurbaya Samsudin Guru Penolong  sittinurbaya@sksbu.com
    60  Siva Sanggari Ramalinggam Guru Penolong  siva_sanggari@sksbu.com
    61  Syamil Irawan Ismail Guru Pendidikan Islam  syamil@sksbu.com
    62  Wan Mohd Kamarul Wan Daud Guru Penolong  wankamarul@sksbu.com
    63  Wan Nor Amira Fateen  Guru Pemulihan  amira@sksbu.com
    64  Wan Safiah Wan Waud Guru Penolong  wansafiah@sksbu.com
    65  Zahera Azlea Zaaba Guru Penolong  zahera@sksbu.com
    66  Zanita Mat Ghani  Guru Penolong  zanita@sksbu.com
     STAF  
    67  Hamisah Bt Jamaluddin Ketua Pembantu Tadbir  hamisah@sksbu.com
    68  Mohd Nor Azly Pen Peg Tek. Maklumat
    69  Noor Hashimah Md Nor Pembantu Tadbir  noor_hashimah@sksbu.com
    70  Siti Aishah Ilyani Bt Ibrahim Pembantu Prasekolah  siti_aishah@sksbu.com
    71  Siti Zubaidah Abd Rahim Pembantu Prasekolah  sitizubaidah@sksbu.com
    72  Norhayati Sameon Pembantu Tadbir  norhayati@sksbu.com
    73  Nik Shaharbee Bin Nik Yusoff Pembantu Tadbir  nik@sksbu.com
    74  Norfazuraizah Bt Iskhak Pembantu Tadbir  zura@sksbu.com
    75  Nurul Afza Bt Md Salleh Pembantu Tadbir  nurul@sksbu.com
    76  Mazlan Pembantu Tadbir
  • Hari Aliran Masa Catatan
    Isnin  Tahun 1, 2 dan 3  7.30 Pg - 1.30 Tgh
    Tahun 4, 5 dan 6  7.30 Pg - 2.30 Ptg
    Selasa  Tahun 1 dan 2  7.30 Pg - 1.00 Tgh
    Tahun 3  7.30 Pg - 1.30 Tgh
    Tahun 4, 5 dan 6  7.30 Pg - 2.30 Ptg  * 2.00-2.30 Ptg (Tasmik) - Murid Islam Sahaja
    Rabu  Tahun 1 dan 2  7.30 Pg - 1.00 Tgh  * 12.30-1.00 Tgh (Tasmik) - Murid Islam Sahaja
    Tahun 3  7.30 Pg - 1.30 Tgh  * 1.00-1.30 Tgh (Tasmik) - Murid Islam Sahaja
    Tahun 4, 5 dan 6  7.30 Pg - 3.30 Ptg  * 2.30-3.30 Ptg - Aktiviti Badan Beruniform
    Khamis  Tahun 1 dan 2  7.30 Pg - 12.30 Tgh
    Tahun 3  7.30 Pg - 1.00 Tgh
    Tahun 4, 5 dan 6  7.30 Pg - 2.00 Ptg
    Jumaat Tahun 1, 2, 3 dan 4  7.30 Pg - 12.00 Tgh
    Tahun 5 dan 6  7.30 Pg - 12.30 Tgh  * 12.00-12.30 Tgh (Tasmik) - Murid Islam Sahaja
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

160187
Hari IniHari Ini152
SemalamSemalam463
Minggu IniMinggu Ini497
Bulan IniBulan Ini8669