SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg

Pusat Sumber


  • 3 Apr 2018 - Majlis pelancaran Minggu Matematik telah diadakan pada 3 April 2018 dan dirasmikan oleh Pn Noriah Ismail selaku guru besar SK Seri Bintang Utara. Antara pengisian semasa pelancaran adalah sesi soal jawab sifir apabila guru besar melemparkan 2 buah dadu gergasi yang dibina sebagai simbolik pelancaran. Pelantikan 17 orang murid Tahun 4-6 sebagai Sifu Sifir turut dijalankan untuk melancarkan program Sifu Sifir yang dikendalikan oleh Panitia Matematik. Persembahan murid-murid Tahun 3 dengan nyanyian lagu 3D Shapes turut menyerikan majlis.

         Bertemakan 'Magical World Of Mathematics' pelbagai aktiviti telah dirancang mengikut aliran. Diantaranya, Math Magic,Sudoku's Magic,Mystic Math dan Magic Tangram. Program akan dijalankan sepanjang minggu bermula pada 03 - 06 April 2018. Melalui aktiviti yang dijalankan, adalah diharapkan murid dapat melibatkan diri sepenuhnya dan mempelajari matematik dalam suasana yang menyeronokkan.

  • 17 Jan 2018 - Program Nilam merupakan satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di peringkat sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif membaca. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Noriah Bt Ismail, Guru Besar SK Seri Bintang Utara. Dalam majlis yang sama, Panitia Bahasa Inggeris turut melancarkan Program Reading Rocks bertujuan memberi galakan kepada murid membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris. Pada tahun ini, Panitia Bahasa Inggeris akan mewujudkan Reading Box di setiap kelas. Upacara penyerahan Reading Box disempurnakan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris kepada Puan Noriah Bt Haji Ismail sebagai simbolik bermulanya Program Pembaca Bahasa Inggeris 2018. Pelengkap kepada majlis pelancaran tersebut adalah persembahan story telling oleh adik Adeena Salimee (5 Bestari).
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

22396
Hari IniHari Ini6
SemalamSemalam267
Minggu IniMinggu Ini919
Bulan IniBulan Ini3193