News
Assalammualaikum & salam sejahtera. Pihak sekolah meminta semua murid Tahun 3,4,5 & 6 mendaftar masuk ke kumpulan kelas dalam talian Google Classroom unit Kokurikulum G masing-masing.

Untuk makluman, Kokurikulum secara atas talian akan bermula pada 26-30 Oktober 2020 untuk murid-murid Tahun 4 hingga 6 bagi aktiviti Unit Badan Beruniform.

Murid-murid akan diberikan tugasan dalam bentuk kuiz, video, tugasan amali ataupun nota. Kehadiran murid diambilkira setelah menyiapkan tugasan dalam tempoh seminggu mengikut minggu Kokurikulum dijalankan.

Berikut merupakan Kod Kelas (Class Code) Google Classroom.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ibu bapa murid Tahun 6 yang ingin memohon sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) boleh memuat turun borang permohonan pada pautan ini.

Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai kemudahan pencetak boleh mengambil borang tersebut di pejabat sekolah.

Ibu bapa hanya boleh memilih satu pilihan untuk KRK dan KAA.

Borang- borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan kepada guru kelas masing-masing atau di pejabat sekolah sebelum 30 Oktober 2020.

Sekian Terima Kasih.

Warga SK Seri Bintang Utara mengucapkan tahniah kepada kumpulan murid FARZANA BINTI MD.AZHAR, ALYA MAISARAH BINTI ABD RAHMAN, NUR ARIANA QISTINA BINTI SHAMSUR IMRAN dan SANIYYAH BINTI SHAH JAHAN atas kejayaan menjadi Johan Cha-Ching Curriculum Comic Competition 2019 anjuran Prudence Foundation. Program Cha-Ching merupakan program kurikulum tambahan yang didokong oleh Prudence Foundation dan JA Malaysia. Murid-murid tahun 5 diberikan pendedahan tentang pendidikan kewangan sewaktu mata pelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas.
Bagi tahun 2019, kumpulan murid tersebut berjaya menjadi Johan melalui komik lakaran mereka di bawah bimbingan Puan Hu Pak Lim. Diharapkan kejayaan mereka menjadi teladan kepada seluruh warga SKSBU untuk sentiasa berani mengambil peluang dan mencuba. Tahniah kumpulan murid  FARZANA BINTI MD.AZHAR, ALYA MAISARAH BINTI ABD RAHMAN, NUR ARIANA QISTINA BINTI SHAMSUR IMRAN dan SANIYYAH BINTI SHAH JAHAN!
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

333895
Hari IniHari Ini438
SemalamSemalam706
Minggu IniMinggu Ini1600
Bulan IniBulan Ini1144