SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
News


06 Mac 2019
 - Pada 15 dan 16 Februari 2019 yang lalu, seramai 88 ahli Pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri satu Perkhemahan Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Cheras  atas sokongan padu dalam menjayakan perkhemahan ini.Tahniah! Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak SKSBU! Tahniah! “Buat Sehabis Baik “.

Galeri Foto klik sini.

06 Mac 2019 - Tahniah di atas pencapaian hebat atlet sekolah dalam Kejohanan Olaharaga Zon Pudu yang berlangsung pada 18-22 Februari 2019 lalu bertempat di Stadium Mini Seri Permaisuri. SKSBU pada tahun ini telah menghantar kontingen seramai 24 orang atlet untuk mengambil bahagian dalam acara larian 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 10 Tahun.. Berikut adalah pencapaian murid dalam kejohanan tersebut :


23 Februari 2019 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tahun ini berjalan dengan suasana lancar dan harmoni. Pada tahun ini, kehadiran ibu bapa dan buku mesyuarat telah menggunakan sistem QR Code dimana ibu bapa dikehendaki mengimbas QR Code melalui telefon pintar masing-masing untuk mendaftar kehadiran dan memuat turun buku mesyuarat. Melalui kaedah ini, proses pendaftaran menjadi lebih cepat dan penjimatan kertas dapat diaplikasi sebaik mungkin. Kehadiran ibu bapa pada tahun ini turut menggalakkan. 


Minggu Bahasa Arab SK Seri Bintang Utara telah dilancarkan pada 19 Februari yang lalu. Program kali ini hadir dengan Tema ' Bahasa Arab, Bahasa Al-QUran'. Pelbagai aktiviti akan disediakan oleh Panitia Bahasa Arab diketuai oleh Ketua Panitianya, Puan Noorasiah Bt Ab Rahman dalam usaha menarik minat murid mempelajari Bahasa Arab. 

Klik sini untuk melihat suasana sekitar majlis pelancaran.

Saksikan persembahan Gendang Cina oleh murid-murid hebat SK Seri Bintang Utara yang telah dijemput untuk membuat persembahan pada satu majlis di IPG Ilmu Khas, Cheras.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

137044
Hari IniHari Ini144
SemalamSemalam511
Minggu IniMinggu Ini1842
Bulan IniBulan Ini5077