SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
News


Tahniah kepada murid-murid SK Seri Bintang Utara yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan yang disertai. Program anjuran SK Saujana Impian, Kajang ini telah diadakan pada 18 Ogos (Sabtu) yang lalu. SKSBU telah menghantar seramai 23 orang peserta yang melibatkan murid Tahun 4-6 dalam pertandingan tersebut dan berikut merupakan pencapaian murid kita :

Bil Pertandingan Pencapaian
1  Sudoku  Perak Pertama
2  Matematik (KBAT)  Perak Pertama
3  Kuiz Sains  Perak Pertama
4  Kuiz Matematik  Perak Kedua
5  Kapal Terbang Kertas  Gangsa Pertama
6  Bina Gajet  Gangsa Pertama
7  Bercerita Sains  Gangsa Ketiga

Lagi gambar di sini.


Pada 10 hingga 13 Ogos 2018 yang lalu , Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan PPT telah dijalankan bertempat di Wisma Pandu Puteri Kuala Lumpur , Brickfield. Sebanyak 6 buah sekolah rendah dengan penyertaan seramai 62 orang ahli PPT Kuala Lumpur . Dari SKSBU  ahli PPT yang terlibat adalah seramai tujuh orang . Kesemua mereka telah melalui 5 ujian dan cabaran Lencana Kecekapan sebelum ke cabaran Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya peringkat kebangsaan pada Oktober 2018 yang akan berlangsung di Johor Bharu .


Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 09 Ogos 2018 (Khamis) yang lalu. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah persembahan deklamasi sajak, persembahan koir dan nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan bendera. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan Muzik serta Pusat Sumber Sekolah sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Sayangi Malaysiaku'.

Majlis Pelancaran telah diadakan pada 24 Julai 2018 (Selasa) dan dirasmikan oleh Pn Noriah Bt Hj Ismail (Guru Besar SKSBU). Pelbagai persembahan menarik disajikan semasa program berlangsung termasuk persembahan guru-guru Bahasa Melayu. Rangkuman aktiviti boleh dilihat di sini atau melalui galeri foto. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dirancang sepanjang minggu ini bagi memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

Saksikan persembahan guru menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

<

21 Julai 2018 (Sabtu) - Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama membantu dalam aktiviti gotong-royong perdana pada tahun ini. Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi di Anjung Sekolah. Selesai sarapan pagi, satu majlis ringkas pelancaran HIP (High Immersive Program) telah diadakan di suatu sudut khas di Laman Bestari bertujuan memberi pendedahan terus kepada ibu bapa yang hadir mengenai program baru Kementerian Pendidikan ini. Penerangan telah disampaikan oleh wakil PIBG Pn Mohny Devi dan pelancaran oleh En Hakim Bin Hamzah (YDP PIBG). Seterusnya program diisi dengan persembahan Story Telling oleh adik Uzma Batrisyia dari Tahun 6 Bestari.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

137044
Hari IniHari Ini144
SemalamSemalam511
Minggu IniMinggu Ini1842
Bulan IniBulan Ini5077