News

Pada Rabu 12 Februari 2020, unit kokurikulum SK Seri Bintang Utara telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform bagi tahun 2020. Semua unit beruniform SKSBU telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dikendalikan oleh unit Pengakap SKSBU di bawah seliaan Cik Nik Nur Khalidah dengan nasihat & tadbiran GPK Kokurikulum SKSBU, Encik Mohamad Nizam bin Shamsuddin. Setiap unit menghantar 30 orang ahli bersama seorang ketua platun.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;
Anugerah Pemenang
Johan Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah
Naib Johan Unit Pandu Puteri Tunas
Ketiga Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Keempat Unit Pengakap
Kelima Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
Ketua Platun Terbaik Nurul Iman bt Mohd Jaflis (PPT)
Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
Video program di sini.  Gambar program di sini.

Pada Isnin, 10 Februari 2020, unit Bimbingan & Kaunseling SK Seri Bintang Utara melancarkan program Ziarah Cakna. Program dirasmikan oleh YDP PIBG SKSBU, En Hakim bin Hamzah. Majlis menyebut tentang sokongan moral, sumbangan dana, keprihatinan, sumbangsara & pelbagai hal yang melibatkan kebajikan murid & waris. Selain itu, murid diingatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak pasti terutamanya mengenai coronavirus.

Unit ICT & Unit Kokurikulum SKSBU kini menjemput mana-mana murid tahap 2 yang berminat untuk menyertai kursus pengacaraan seperti di atas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Norsyuhada atau Encik Naqib dengan segera.
Panitia Pendidikan Islam SKSBU telah menganjurkan Program Generasi Smart Quran pada:

- Hari Jumaat
- 7 Februari 2020
- 10.30 pg hingga 5.00 ptg
- Di bilik Multimedia, PSS SKSBU

Program Generasi Smart Quran 2020 merupakan suatu program yang dirancang khusus untuk mengatasi masalah keciciran murid dalam penguasaan bacaan Al-Quran.

Program ini bermatlamatkan untuk memulihkan murid-murid program j-Qaf terutamanya murid-murid tahun 6 yang masih membaca Iqra' dapat mencapai "SIFAR IQRA" seterusnya dapat membaca Al-Quran dgn betul dan bertajwid.
SKSBU English Auditions is back! Everyone is invited to try out on Friday, 31st January at 12pm in the school library. Please prepare yourself with songs, short stories, speeches or poems. You may also be tested by the teachers with impromptu reading of poem or scripts. Just try your luck and let your inner talent dazzle as we look for the next generation of stars to represent the school. See you there!
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

173522
Hari IniHari Ini40
SemalamSemalam364
Minggu IniMinggu Ini2951
Bulan IniBulan Ini9412