SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Mengenai Kami

Suatu perjalanan...

Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai SK (P) Bukit Bintang (1) atau singkatannya BBGS (1) - Bukit Bintang Girl School yang terletak di Jalan Bukit Bintang, di tengah kota raya Kuala Lumpur.  Dikenali sebagai BBGS(1) secara rasmi pada 1.1.1958 dan merupakan salah sebuah sekolah premier. Kejayaan paling manis apabila BBGS(1) diiktiraf sebagai sekolah kedua terbaik pencapaian UPSR dalam negara pada tahun 1999. Pada tahun sebelum itu juga iaitu tahun 1998, sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah projek rintis bestari. Sekolah yang terlibat adalah sebanyak 88 buah sekolah seluruh negara. Prasarana sekolah pada ketika itu tidak dapat menampung keperluan sekolah bestari, maka tapak baru telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan tersebut. 

Disebabkan kegawatan ekonomi ketika itu, perpindahan yang dijadualkan tertangguh sebanyak 2 kali. Akhirnya pada penghujung bulan November 2000, hajat dan impian para guru, murid dan ibu bapa untuk berpindah ke bangunan baru tercapai jua. Tarikh 2 Januari 2001 terpahat dalam sejarah sekolah apabila sekolah mula beroperasi di sebidang tanah berukuran 20 hektar yang terletak di Taman Shamelin Perkasa dengan kekuatan guru pada ketika itu seramai 34 orang guru dan 3 orang staf pentadbiran. Sekolah kini dikenali sebagai SK Seri Bintang Utara (SKSBU) dan guru besar ketika itu ialah Pn Hjh Junaidah Bt Tamby Hashim. Tapak lama sekolah telah dirobohkan dan dibangunkan sebuah kompleks beli-belah terkenal iaitu Pavilion. 

Pada tahun 2003 pula sekali lagi senario sekolah berubah apabila SKSBU mula menerima kemasukan murid-murid lelaki dimana sebelum ini keseluruhan murid adalah murid-murid perempuan.

SKSBU sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi


Pada tahun 2010, sekolah menerima pengiktirafan paling tinggi dalam sejarah apabila dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kumpulan pertama - Kohort 1. Ketika itu hanya 20 buah sekolah sahaja terpilih dan 6 daripadanya adalah sekolah rendah dan sekarang terdapat hampir 100 lebih buah sekolah SBT dalam negara.

Tahun 2014, KAFA SK Seri Bintang Utara ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pendidikan fardhu ain dan al-Quran pada sebelah petang. Pada tahun 2015, sekolah sekali lagi diiktiraf dan kali ini sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Bangunan SK Seri Bintang Utara
Keratan Akhbar Berita Harian
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

25992
Hari IniHari Ini44
SemalamSemalam95
Minggu IniMinggu Ini44
Bulan IniBulan Ini2631