SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

14 Apr 2018 - SKSBU terus pamer kecemerlangan. Adik Hana Batrisyia dan Muhammad Afham yang muncul Johan dalam kategori masing-masing dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) di peringkat zon yang lalu meneruskan kecemerlangan semasa bertanding di peringkat negeri. Adik Hana Batrisyia mengharumkan nama sekolah apabila muncul johan negeri bagi kategori Tilawah al-Quran manakala Muhammad Afham muncul pemenang tempat ketiga bagi kategori Hafazan. Pertandingan telah diadakan pada 14 april (Sabtu) bertempat di SK Kiaramas. Tahniah diucapkan!

       Turut berlangsung pada hari yang sama ialah Festival Kesenian Islam (Peringkat Kebangsaan SBT) anjuran SK Convent Taiping, Perak. Festival ini melibatkan sekolah-sekolah dari seluruh negara yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi. SK Seri Bintang Utara di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tidak ketinggalan untuk menghantar wakil bagi pertandingan yang diadakan antaranya pertandingan Kalam Jamaie, Nyanyian Arab dan pertandingan Bercerita.  Berikut adalah pencapaian sekolah dalam festival tersebut :

Pertandingan Pencapaian
1. Kalam Jama'ie Emas ke-3
2. Nyanyian Arab Perak pertama
3. Bercerita Emas ke-4

Tahniah diucapkan atas pencapaian yang ditunjukkan. Kejayaan hanya akan terhasil melalui latihan dan usaha keras yang sudah tentu menuntut pelbagai pengorbanan. Syabas dan Tahniah!

Lihat foto yang lain di sini.

10 Apr 2018 - Pada 6 dan 7 April 2018 yang lalu, seramai 96 ahli Pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri satu Perkhemahan Kecemerlangan Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, AJK PIBG, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Cheras dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lembah Pantai,Pen.Pesuruhjaya Cheras atas sokongan padu dalam menjayakan perkhemahan ini.Tahniah! Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak SKSBU !

Galeri gambar di sini.
(Guru-guru atau sesiapa sahaja yang mempunyai gambar simpanan peribadi berkaitan perkhemahan ini boleh berkongsi gambar tersebut melalui google photos yang disediakan)

3 Apr 2018 - Majlis pelancaran Minggu Matematik telah diadakan pada 3 April 2018 dan dirasmikan oleh Pn Noriah Ismail selaku guru besar SK Seri Bintang Utara. Antara pengisian semasa pelancaran adalah sesi soal jawab sifir apabila guru besar melemparkan 2 buah dadu gergasi yang dibina sebagai simbolik pelancaran. Pelantikan 17 orang murid Tahun 4-6 sebagai Sifu Sifir turut dijalankan untuk melancarkan program Sifu Sifir yang dikendalikan oleh Panitia Matematik. Persembahan murid-murid Tahun 3 dengan nyanyian lagu 3D Shapes turut menyerikan majlis.

     Bertemakan 'Magical World Of Mathematics' pelbagai aktiviti telah dirancang mengikut aliran. Diantaranya, Math Magic,Sudoku's Magic,Mystic Math dan Magic Tangram. Program akan dijalankan sepanjang minggu bermula pada 03 - 06 April 2018. Melalui aktiviti yang dijalankan, adalah diharapkan murid dapat melibatkan diri sepenuhnya dan mempelajari matematik dalam suasana yang menyeronokkan.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

18801
Hari IniHari Ini83
SemalamSemalam150
Minggu IniMinggu Ini568
Bulan IniBulan Ini4465