SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog
19 Januari 2018 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 19 Januari 2018 bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.


Taklimat umum telah disampaikan oleh Pn Noriah Bt Hj Ismail (Guru Besar SK Seri Bintang Utara) disusuli dengan slot khas bersama penceramah jemputan, En Mohd Fazli yang membicarakan mengenai tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan. 

Agenda diteruskan dengan penetapan target oleh wakil setiap mata pelajaran UPSR. Mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Pn. Hjh Sareah, Bahasa Inggeris oleh Cik Faustina, Sains oleh Pn Aniza dan Matematik oleh Pn J. Saira Banu. Seterusnya, YDP PIBG, En Md Fauzee mengisi slot terakhir bagi membicarakan mengenai peranan dan program yang telah dijalankan oleh PIBG sebelum ini bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan motivasi murid-murid dalam menghadapi peperiksaan.

Dalam masa yang sama, murid-murid Tahun 6 terlibat dengan ceramah motivasi bersama penceramah jemputan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Semoga program yang telah dirancang oleh pihak sekolah mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa. Sama-sama kita doakan kejayaan anak-anak, bukan sahaja dalam bidang akademik malah berjaya dalam pelbagai bidang/aspek yang bakal diceburi dalam tahun akhir persekolahan mereka di sekolah rendah ini. Adalah diharapkan murid-murid tahun 6 Sesi 2013-2018 ini dapat meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah.

Gambar sekitar program di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

18801
Hari IniHari Ini83
SemalamSemalam150
Minggu IniMinggu Ini568
Bulan IniBulan Ini4465