29 Jan 2018 - Pada tahun ini, SK Seri Bintang Utara telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Pudu. Kejohanan telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 Januari sehingga 25 Januari 2018 yang lalu bertempat di Padang Kompleks Seri Bintang. Sebanyak 19 buah pasukan lelaki dan 16 buah pasukan perempuan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Kejohanan berlangsung dengan jayanya walaupun dalam keadaan padang yang kurang baik. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Bintang Utara, Pn Siti Hanim Bt Ismail bagi mewakili Guru Besar.


Berikut adalah keputusan pertandingan :

Kategori Lelaki B12 Pudu Kategori Perempuan B12 Pudu
Johan : SK Jalan Peel Johan : SK Cochrane Perkasa
Naib Johan : SK Cochrane Perkasa Naib Johan : SK Seri Permaisuri
Ketiga : SK Seri Permaisuri Ketiga : SK Cochrane
Keempat : SK Taman Midah 1 Keempat : SK Taman Midah 1

Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Semoga kecemerlangan diteruskan apabila bersaing di peringkat negeri nanti. Jawatankuasa Pengelola mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kejohanan pada kali ini.

Gambar sekitar perlawanan akhir lelaki dan perempuan di sini.