SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

10 Mac 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ismail Bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Persembahan Gendang Cina membuka tirai mesyuarat tahun ini. Pelbagai isu telah dibincang, diambil tindakan dan diselesaikan demi kepentingan anak-anak. Turut berlangsung semasa mesyuarat ialah pelancaran laman web baru sekolah dan saluran Youtube bagi memaparkan dokumentasi aktiviti sekolah dalam bentuk video.


     Mesyuarat tahun ini menyaksikan beberapa perubahan dalam kepimpinan PIBG. Tahniah kepada En Hakim Bin Hamzah kerana diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Yang di Pertua PIBG yang baru menggantikan En Md Fau'zee bin Ishak. En Hakim mula aktif dalam Jawatankuasa PIBG bermula tahun 2010 dan telah berkhidmat di bawah 4 orang YDP sebelum ini. Pengalaman beliau ini sudah tentu dapat membantu PIBG tahun ini bergerak lebih aktif bagi membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran terbaik buat anak-anak SK Seri Bintang Utara. 

     Tidak lupa juga kepada mantan YDP, En Md Fau'zee Bin Ishak, terima kasih tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang empat tahun menerajui PIBG. Pelbagai idea dan sumbangan telah diberikan bagi memastikan sekolah kekal cemerlang sesuai dengan status Sekolah Berprestasi Tinggi. Terima kasih sekali lagi. 

     Terima kasih juga atas kehadiran ibu bapa serta penjaga yang sudi meluangkan masa bagi mendengar, mengikuti dan turut serta dalam perbincangan dalam menyelesaikan permasalahan terutamanya berkaitan keselamatan dan kemudahan anak-anak di sekolah. 

     Sebelum agenda mesyuarat bermula, agenda majlis turut diisi dengan penyampaian cenderamata kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2017/2018 dan penyampaian sumbangan oleh Bank Rakyat cawangan Shamelin berupa sebuah LCD Projektor bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT di SK Seri Bintang Utara. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Bank iaitu Encik Samsul Izham Bin Samsudin, Eksekutif Pembiayaan Bank Rakyat Cawangan Shamelin. Terima kasih tuan.


Galeri gambar semasa mesyuarat klik sini.
Dokumentasi video mesyuarat klik sini.
Senarai AJK PIBG 2018/2019 klik sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

51087
Hari IniHari Ini68
SemalamSemalam99
Minggu IniMinggu Ini798
Bulan IniBulan Ini1709