SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

10 Mac 2018 - Sempena dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Bintang Utara, pihak sekolah di bawah Unit ICT dan Multimedia telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada umum khususnya kepada ibu bapa mengenai laman web sekolah yang berwajah baru dan juga saluran Youtube bagi mendokumentasikan laporan sekolah dalam bentuk video. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah bertempat di Frog Classroom pada pukul 10 pagi. Walaupun banyak sekolah telah menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dalam menyampaikan info sekolah, di SKSBU kami masih percaya laman web masih kekal relevan dengan ciri-ciri istimewanya dalam menyampaikan maklumat.

     
     Sedikit fakta ringkas mengenai laman web sekolah. Laman web sekolah mula dibangunkan pada tahun 2005 dan ditaja sepenuhnya oleh PIBG sehingga kini. Dibangunkan menggunakan enjin fusion, laman web sekolah kemudiannya menggunakan Joomla Versi 1.5 pada Disember 2010. Penyelaras laman web ketika itu ialah En Rahim Bin Omar. Hampir 8 tahun menggunakan joomla versi lama, sudah tiba masanya sekolah beralih kepada versi terkini Joomla iaitu versi 3.8. Mula dibangunkan pada Disember 2017, ibu bapa kini boleh melayari laman web berwajah baru ini dengan beberapa ciri perubahan supaya nampak lebih segar dan sedikit berimej korporat. 

     Turut diperkenalkan semasa pelancaran laman web baru oleh Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan ini ialah saluran Youtube (Youtube Channel). Langkah sekolah memperkenalkan Youtube Channel ini ialah sebagai saluran tambahan bagi pihak sekolah menyalurkan info dan berita aktiviti sekolah kepada umum. Sepertimana diketahui umum, Youtube merupakan aplikasi paling popular dan mesra pengguna serta menjadi sasaran pengguna yang ingin mencari info dan hiburan dalam bentuk video. Selain menyampaikan info dalam bentuk video,  inisiatif sekolah ini bertujuan memberi peluang untuk mencungkil bakat anak-anak dalam mengendalikan sekumpulan produksi yang terdiri daripada pengarah penerbitan, jurukamera, juruhebah, penyunting dan sebagainya. Saluran youtube rasmi sekolah ini dikenali sebagai Bintang Broadcasting Studio. Unit ICT dan Multimedia akan cuba bersiaran menggunakan konti radio, antara kemudahan prasarana yang menjadi kebanggaan sekolah. Saluran Youtube sekolah boleh ditonton melalui pautan pantas yang terdapat di sebelah kanan muka hadapan laman web ini.
     
      Pihak sekolah sentiasa terbuka dalam menerima idea dan komen membina dalam mempertingkatkan mutu penyampaian maklumat melalui laman web ini dan juga saluran Youtube yang baru diperkenalkan. Sebarang cadangan dan idea boleh disalurkan melalui laman web ini di bahagian menu utama (Profil - Hubungi Kami) atau terus kepada Guru Penyelaras Bestari, En Mohd Hafiz melalui email hafiz@sksbu.com. 

Terima kasih.

  • Klik sini untuk melihat galeri foto sekitar majlis pelancaran di Frog Classroom.
  • Bintang Broadcasting Studio klik sini
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

18799
Hari IniHari Ini81
SemalamSemalam150
Minggu IniMinggu Ini566
Bulan IniBulan Ini4463