SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

3 Apr 2018 - Majlis pelancaran Minggu Matematik telah diadakan pada 3 April 2018 dan dirasmikan oleh Pn Noriah Ismail selaku guru besar SK Seri Bintang Utara. Antara pengisian semasa pelancaran adalah sesi soal jawab sifir apabila guru besar melemparkan 2 buah dadu gergasi yang dibina sebagai simbolik pelancaran. Pelantikan 17 orang murid Tahun 4-6 sebagai Sifu Sifir turut dijalankan untuk melancarkan program Sifu Sifir yang dikendalikan oleh Panitia Matematik. Persembahan murid-murid Tahun 3 dengan nyanyian lagu 3D Shapes turut menyerikan majlis.

     Bertemakan 'Magical World Of Mathematics' pelbagai aktiviti telah dirancang mengikut aliran. Diantaranya, Math Magic,Sudoku's Magic,Mystic Math dan Magic Tangram. Program akan dijalankan sepanjang minggu bermula pada 03 - 06 April 2018. Melalui aktiviti yang dijalankan, adalah diharapkan murid dapat melibatkan diri sepenuhnya dan mempelajari matematik dalam suasana yang menyeronokkan.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

30577
Hari IniHari Ini13
SemalamSemalam148
Minggu IniMinggu Ini816
Bulan IniBulan Ini2988