SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog
Pada 13 dan 14 September 2018 telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Tahun Peringkat Zon Pudu anjuran KPM dan Yayasan Bank Rakyat di Padang Kompleks Seri Bintang, Taman Shamelin, Kuala Lumpur. Pasukan bola sepak SKSBU telah diundi dalam kumpulan A bersama SK Taman Segar, SK Cochrane dan SK Bandar Tun Hussien Onn. 

Berikut keputusan perlawanan peringkat kumpulan :-

1.  SKSBU vs SK Taman Segar 1-0
2.  SKSBU vs SK Bandar Tun Hussein Onn 0-0
3.  SKSBU vs SK Cochrane 0-4

   Tamat peringkat kumpulan yang berlangsung pada 13 September 2018, SKSBU berkongsi mata dengan SK Bandar Tun Hussien Onn, namun SKSBU layak ke peringkat suku akhir dengan kelebihan jaringan. Pada perlawanan suku akhir pada 14 September 2018, pasukan SKSBU telah bertemu SK Taman Midah 2. Nasib tidak menyebelahi SKSBU apabila tewas dengan jaringan 1-2.

   Meskipun sedih di atas kekalahan ini, pengalaman ini sangat berharga kepada para pemain dan pengurusan pasukan. Ianya merupakan pendedahan yang berguna dalam memperbaiki skil dan prestasi pasukan. Teruskan latihan dan cuba lagi pada masa depan dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang.

Terima kasih !

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

51085
Hari IniHari Ini66
SemalamSemalam99
Minggu IniMinggu Ini796
Bulan IniBulan Ini1707