2 Januari 2019 - Pihak pengurusan dan warga guru SK Seri Bintang Utara mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid. Kepada murid-murid Tahun 1, selamat datang dan tahniah kerana menjadi warga SKSBU. Selamat memulakan sesi persekolahan yang baru dengan semangat yang baru. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik. Tingkatkan usaha dan jaga penampilan agar SKSBU sentiasa kekal cemerlang sesuai dengan tagline sekolah "Committed Towards Excellence".

Gambar sekitar hari pertama persekolahan di sinismile

P/S : Bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan jadual waktu kelas, sila layari laman VLE Frog Sekolah.