SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog
18 Januari 2019 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 18 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. 


Taklimat umum telah disampaikan oleh Pn Noriah Bt Hj Ismail (Guru Besar SK Seri Bintang Utara) disusuli dengan slot bersama ketua-ketua panitia yang menerangkan mengenai fortmat UPSR bagi mata pelajaran masing-masing dan penetapan target bagi setiap subjek. Bagi Bahasa Melayu, taklimat disampaikan oleh Puan Lizalawati Marzuki, Bahasa Inggeris oleh Puan Nalini, Sains oleh Puan Aniza Mahmod dan Matematik oleh Puan Aminah.

Agenda diteruskan dengan slot khas bersama penceramah jemputan, Dr Abdol Aziz Sahat (Pengurus Besar Akademi Minda Bistari) yang membicarakan mengenai tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan terutama dari segi persiapan mental dan juga aspek pemakanan. Beliau telah banyak membimbing sekolah-sekolah muncul sebagai sekolah cemerlang peringkat kebangsaan dan menjadi perunding akademik bagi beberapa buah syarikat GLC. Selain daripada itu, beliau merupakan penulis novel 'Budak Luar Kotak', Pemenang Anugerah My Hero 2.0 Kebangsaan 2016 dan Duta Perpaduan Kebangsaan 2016.

Dalam masa yang sama, murid-murid Tahun 6 terlibat dengan ceramah motivasi bersama penceramah jemputan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling. Penceramah yang dimaksudkan ialah Encik Danniel Yohannes dari Gaya Pintar Motivation. Beliau banyak membicarakan mengenai pengurusan masa belajar.

Semoga program yang telah dirancang oleh pihak sekolah mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa. Sama-sama kita doakan kejayaan anak-anak, bukan sahaja dalam bidang akademik malah berjaya dalam pelbagai bidang/aspek yang bakal diceburi dalam tahun akhir persekolahan mereka di sekolah rendah ini. Adalah diharapkan murid-murid tahun 6 Sesi 2014-2019 ini dapat meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri dalam program kali ini. 

Gambar sekitar program di sini.
Lihat juga gambar-gambar aktiviti sekolah yang lain di Galeri Foto yang terletak di sebelah kanan laman web.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

107350
Hari IniHari Ini275
SemalamSemalam339
Minggu IniMinggu Ini1674
Bulan IniBulan Ini5735