22 Jan 2019 - Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di peringkat sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif membaca. Bagi tujuan yang sama, pihak sekolah melalui Pusat Sumber turut mempromosikan Program 1 Murid 1 Buku. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Noriyati Bt Pit, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Seri Bintang Utara. Dalam majlis yang sama, Panitia Bahasa Inggeris turut melancarkan Program Young Readers Club bertujuan memberi galakan kepada murid membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris. Seperti tahun lepas, Panitia Bahasa Inggeris akan mewujudkan Reading Box di setiap kelas. Upacara penyerahan Reading Box secara simbolik telah disempurnakan oleh Puan Noriyati kepada setiap wakil aliran.



Majlis ini dikendalikan oleh Pengawas Pusat Sumber di bawah bimbingan Guru Pusat Sumber yang baru iaitu Cik Nadiah Bt Has Bullah. Selain daripada gimik perasmian, agenda lain yang turut diisi semasa majlis tersebut ialah permainan kuiz berkaitan NILAM. Murid yang dapat meneka dengan baik menerima hadiah saguhati dari pihak sekolah. Murid-murid turut berpeluang membeli buku melalui MPH Book Fair yang dibuka di sudut Laman Bestari.

Gambar sekitar majlis di sini.
Lihat juga gambar aktiviti-aktiviti sekolah melalui Galeri Foto yang boleh dicapai melalui pautan yang disediakan di sebelah kanan laman web sekolah.