SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog
Majlis Pelancaran telah diadakan pada 25 Januari 2019 (Jumaat) dan dirasmikan oleh Pn Noriah Bt Hj Ismail (Guru Besar SKSBU). Minggu Sains pada tahun ini bertemakan 'Menjana Minda Kreatif dan Inovatif' dengan harapan dapat melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif serta mampu menjana pemikiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti mengikut aliran disediakan oleh Panitia Sains sepanjang program ini berlangsung. 

Saksikan gimik perasmian Minggu Sains oleh Puan Guru Besar.


Sejurus selesai perasmian Minggu Sains, Panitia Pendidikan Islam turut mengambil kesempatan untuk melancarkan Program SS iaitu Program Senyum dan Salam. Program ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mendidik murid-murid SK Seri Bintang Utara supaya  memberikan senyuman yang manis serta memberi salam setiap kali berselisih atau berjumpa dengan guru atau orang yang lebih tua. Ceramah berkaitan Senyum dan Salam ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Fitri.

Lihat foto sekitar majlis di sini.
Lihat juga foto aktiviti-aktiviti sekolah yang lain melalui Galeri Foto. Pautan ke galeri foto dapat dilihat di sebelah kanan laman web.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

138210
Hari IniHari Ini433
SemalamSemalam277
Minggu IniMinggu Ini433
Bulan IniBulan Ini6243