Blog

31 Jan 2019 - SK Seri Bintang Utara sekali lagi menjadi tuan rumah untuk tahun yang kedua dalam penganjuran Kejohanan Bola Baling peringkat Zon Pudu. Kejohanan berlangsung selama 4 hari bermula pada 28 Jan sehingga 31 Jan 2019. Kejohanan kali ini melibatkan 21 buah pasukan lelaki dan 17 buah pasukan perempuan. Tahniah kepada jawatankuasa yang bertugas dalam memastikan kejohanan berjalan dalam suasana yang lancar dan tersusun. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Kejohanan pada kali ini menunjukkan kehebatan SK Jalan Peel yang meraih kejuaraan berganda apabila memenangi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Klik sini untuk melihat aksi-aksi perlawanan yang berlangsung semasa peringkat separuh akhir.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

269520
Hari IniHari Ini318
SemalamSemalam726
Minggu IniMinggu Ini1578
Bulan IniBulan Ini9125