SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

18 Februari 2019 - Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM melalui 'Program Jom ke Sekolah' telah dilancarkan secara serentak seluruh negara pada 18 Februari yang lalu iaitu pada waktu perhimpunan mingguan. Program ini merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah bertujuan menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.

Pada majlis tersebut, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Koperal Mohd Zarif Haikal dari IPD Cheras telah membacakan perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Antara intipati perutusan tersebut adalah komitmen polis dalam usaha menangani kes buli yang berlaku di sekolah. Ketua Polis Negara dalam perutusan beliau turut melahirkan penghargaan kepada sekolah yang telah menubuhkan Kadet Kor Polis dalam mendekatkan peranan dan fungsi polis di dalam sekolah. Guru Besar, Pn Noriah Bt Hj Ismail pula telah membacakan perutusan dari Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Bin Malik. Antara petikan perutusan beliau adalah meminta pihak sekolah menyediakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan bagi menarik minat murid hadir ke sekolah. Menurut beliau lagi, kehadiran PPS pada awal persekolahan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif melalui usaha pencegahan salah laku negatif dalam kalangan murid seterusnya mencapai tujuan konsep sekolah selamat dan sekolah penyayang. 

Setelah kedua-dua perutusan dibacakan, Koperal Haikal dan Puan Noriah telah sama-sama menurunkan tanda tangan pada Banner Program sebagai simbolik kerjasama antara pihak sekolah dan PDRM. Koperal Haikal kemudian dibawa untuk menyaksikan Info TV yang diletakkan di hadapan lif bagi tujuan meletakkan info dan maklumat Unit Disipilin. 

Sebagai info tambahan, Perhimpunan Mingguan yang dijalankan pada minggu tersebut juga merupakan Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform yang diadakan pada setiap minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform kali ini telah dikendalikan oleh Unit Beruniform Pengakap. Tahniah dan syabas kepada semua murid tahap 2 yang dapat memakai Pakaian Uniform unit masing-masing dengan lengkap. 


Klik sini untuk melihat suasana sepanjang program berlangsung.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

86534
Hari IniHari Ini159
SemalamSemalam166
Minggu IniMinggu Ini1530
Bulan IniBulan Ini5510