Blog
5 April 2019 - Hari Bicara Ilmu merupakan peluang kepada ibu bapa dan guru kelas untuk membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak. Bagi murid-murid Tahap 2, perbincangan menjurus kepada ujian yang baru sahaja selesai dijalankan sebelum cuti pertengahan semester yang lalu. Bagi murid-murid tahap 1, tiada lagi peperiksaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perbincangan lebih kepada keupayaan murid menguasai atau tidak menguasai pentaksiran mata pelajaran yang dijalankan secara berterusan oleh guru dalam bilik darjah.  

Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'. 

Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.

Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.

Foto sekitar program, klik sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

772416
Hari IniHari Ini145
SemalamSemalam425
Minggu IniMinggu Ini1655
Bulan IniBulan Ini5848