SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

27 Apr 2019 - Tahniah Rumah Prouse (Ungu) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke-55 yang berlangsung baru-baru ini. Rumah Prouse telah menunjukkan kehebatan bermula acara sukantara lagi. Muncul sebagai naib johan pula ialah Rumah Shirtliff (Merah) yang merupakan juara edisi lalu. Kejohanan sukan pada tahun ini telah dirasmikan oleh En Ng Ping Loong, Pengurus Sukan dan Pemasaran Nestle Sdn Bhd.

Seperti kelaziman, kejohanan dimulakan dengan lintas hormat kontinjen-kontinjen perbarisan dengan tema pada tahun ini ialah kebudayaan negeri-negeri di Malaysia. Tahniah kepada murid-murid yang memberikan persembahan menarik dan bertenaga semasa persembahan formasi. Turut sama memeriahkan kejohanan kali ini ialah jurulatih dari FIT Malaysia yang mengetuai acara senamrobik. Acara yang berlangsung semasa hari kejohanan adalah acara balapan melibatkan semua aliran iaitu 50m (Tahun 1 dan 2), 80m (Tahun 3), 100m untuk tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) dan acara lari berganti-ganti. Acara-acara lain seperti 200m, 4x200m, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan sukaneka tahap 1 telah dilangsungkan sebelum kejohanan.

Berikut adalah senarai penerima hadiah utama :

Juara Keseluruhan Rumah Prouse
Naib Juara Rumah Shirtliff
Hiasan Rumah Terbaik Rumah Maclay
Perbarisan dan Formasi Terbaik Rumah Maclay
Olahragawan Muhammad Hadif Zikry B Azizul Akmar (Maclay)
Olahragawati Nyssa Fariheen Bt Mohd Nazimi (Prouse) 
Olahragawan Harapan Tahun 5 Muhammad Muqri Afkar B Mohd Yusof (Cooke)
Olahragawati Harapan Tahun 5 Sarah Nabila Bt Norisham (Shirliff)
Olahragawan Harapan Tahun 4 Muhammad Irfan B Noorzalam (Maclay)
Olahragawati Harapan Tahun 4 Ailish Mishael Bt Azlan (Cooke)

Galeri Foto di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

116286
Hari IniHari Ini5
SemalamSemalam233
Minggu IniMinggu Ini5
Bulan IniBulan Ini4725