SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

02 Mei 2019 (Khamis) - Duta Penggerak Digital (Digital Maker Champion) SK Seri Bintang Utara seramai 31 orang murid berpeluang ke KRU Academy, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil bagi mempelajari ilmu berkaitan fotografi dan videografi.
Duta Penggerak Digital sebelum ini dikenali sebagai Briged Bestari. Badan yang dilantik dalam kalangan murid ini berperanan sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah dan sebagai agen tranformasi dan kelestarian pembestarian sekolah. Untuk itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan agensi profesional bagi meningkatkan kemahiran ICT ahli-ahli Duta Penggerak Digital. 

Di KRU Academy, Duta Penggerak Digital Sekolah berpeluang mempelajari ilmu berkaitan Mobilegraphy dan Suntingan Video (Video Editing). Kedua-dua kelas ini dikendalikan oleh Pensyarah Akademi iaitu En Sheheide Omar. 

Tamat sesi pembelajaran teori dan praktikal, agenda disusuli dengan Majlis Menandatangani MoU dan Majlis Pelantikan Duta Penggerak Digital pada sebelah petang. Pihak sekolah rasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana watikah pelantikan disampaikan sendiri oleh Presiden Eksekutif dan CEO KRU Academy, Dato' Norman Abdul Halim.

 
Tahniah kepada semua murid yang dilantik. Semoga dengan pelantikan ini, semua ahli dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi.

Galeri Foto di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

86534
Hari IniHari Ini159
SemalamSemalam166
Minggu IniMinggu Ini1530
Bulan IniBulan Ini5510