Blog
Pada 17 dan 18 Januari 2020,satu program “Leadership and Management anjuran Persatuan Pandu Puteri Kuala Lumpur telah dijalankan bertempat di KLGG HQ,Brickfield. Program ini telah disertai oleh pasukan Pandu Puteri Renjer ( sekolah menegah ) dan pasukan Pandu Puteri Tunas (sekolah rendah) dari Kuala Lumpur. 
Aktiviti yang dijalankan bertujuan membentuk kepimpinan serta pengurusan diri setiap ahli Pandu Puteri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Crime Scene dan Penggunaan Kenderaan Awam. Pada hari berikutnya , Sabtu 18 Januari satu perjumpaan khusus untuk para ibubapa telah dijalankan. Ini bertujuan memberi pendedahan serta penerangan lanjut kepada calon-calon,ibubapa dan para pemimpin Pandu Puteri  berkaitan program Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) bagi tahun 2020 yang dijangka akan diadakan di Sarawak pada Oktober nanti. 
Program yang diadakan selama dua hari ini telah berjalan dengan jayanya.Adalah menjadi harapan agar semua peserta program dapat menimba ilmu yang baharu dan lebih seronok menjalani aktiviti kepanduan di masa-masa akan datang.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

173523
Hari IniHari Ini41
SemalamSemalam364
Minggu IniMinggu Ini2952
Bulan IniBulan Ini9413