Blog

Program permuafakatan Ibu Bapa bersama Guru Besar dan Guru-guru Tahun 6 telah diadakan pada 17/01/2020 (Jumaat). Tujuan program ini dilaksanakan untuk membina hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Program ini juga menjadi medium untuk menyampaikan target UPSR 2020 yang telah ditetapkan kepada para ibu bapa agar dapat bersama-sama membantu pihak sekolah mencapai sasaran tersebut. Penceramah terkenal iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah juga turut dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada ibu bapa yang hadir. Manakala murid-murid telah mendengar ceramah pengurusan masa yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG, penyumbang dana, serta para ibu bapa yang hadir atas sokongan dan kerjasama padu yang diberikan. Semoga keputusan UPSR pada tahun ini lebih cemerlang berbanding tahun-tahun yang lalu.
Gambar program di sini. Video program di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

292305
Hari IniHari Ini305
SemalamSemalam429
Minggu IniMinggu Ini590
Bulan IniBulan Ini11450