Blog
Khamis 13 Februari 2020 merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Hamisah bt Jamaluddin, Ketua Pembantu Tadbir SK Seri Bintang Utara dalam perkhidmatan awam. Justeru, Kelab Guru & Kakitangan SKSBU telah berbesar hati merancang & menganjurkan Majlis Sanjungan Kasih & Lambaian Budi khas untuk beliau. Majlis diserikan dengan persembahan murid-murid, guru-guru & staff SKSBU. Majlis turut dimeriahkan oleh alunan suara Pn Noriah bt Hj Ismail (buat pertama kalinya di SKSBU) diiringi pentadbir & guru-guru SK Seri Bintang Utara. Turut hadir, suami dan anak lelaki Pn Hamisah. Pada sebelah tengaharinya, Pn Hamisah dan keluarga diraikan di majlis makan tengahari bersama warga SKSBU.
Kami ucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan sumbangan Puan Hamisah sepanjang perkhidmatan di SKSBU dan keseluruhan 27 tahun beliau di dalam perkhidmatan awam. 
Galeri gambar di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

191957
Hari IniHari Ini383
SemalamSemalam474
Minggu IniMinggu Ini1191
Bulan IniBulan Ini3455