Blog

Pada Rabu 12 Februari 2020, unit kokurikulum SK Seri Bintang Utara telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform bagi tahun 2020. Semua unit beruniform SKSBU telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dikendalikan oleh unit Pengakap SKSBU di bawah seliaan Cik Nik Nur Khalidah dengan nasihat & tadbiran GPK Kokurikulum SKSBU, Encik Mohamad Nizam bin Shamsuddin. Setiap unit menghantar 30 orang ahli bersama seorang ketua platun.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;
Anugerah Pemenang
Johan Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah
Naib Johan Unit Pandu Puteri Tunas
Ketiga Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Keempat Unit Pengakap
Kelima Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
Ketua Platun Terbaik Nurul Iman bt Mohd Jaflis (PPT)
Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
Video program di sini.  Gambar program di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

191973
Hari IniHari Ini399
SemalamSemalam474
Minggu IniMinggu Ini1207
Bulan IniBulan Ini3471