Blog
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 46 telah belangsung pada 15 Februari 2020 dengan suasana lancar dan harmoni. Seperti tahun sudah, kehadiran ibu bapa dan buku mesyuarat telah menggunakan sistem QR Code dimana ibu bapa dikehendaki mengimbas QR Code melalui telefon pintar masing-masing untuk mendaftar kehadiran dan memuat turun buku mesyuarat. Melalui kaedah ini, proses pendaftaran menjadi lebih cepat dan penjimatan kertas dapat diaplikasi sebaik mungkin. Lebih 200 orang ibu bapa, penjaga & guru hadir untuk mesyuarat tahun ini.

Seperti kelazimannya, pelbagai usul telah dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku bagi menjamin keselesaan dan keseronokan anak-anak belajar di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan turut sama memberikan idea dan buah fikiran yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.  

Selah pelbagai usul dibahas dan dibentangkan, agenda seterusnya yang turut dinantikan adalah memilih dan melantik jawatankuasa yang baru bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan jawatankuasa sebelum-sebelumnya. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada En Hakim Bin Hamzah apabila diberi peluang dan kepercayaan sekali lagi untuk menerajui kepimpinan PIBG pada tahun ini. Ini adalah tahun ketiga En Hakim dilantik sebagai YDP PIBG. Jawatankuasa pada tahun 2020/2021 turut menampilkan beberapa muka baru. Adalah diharapkan, gandingan kerjasama jawatankuasa pada kali ini dapat mengekalkan momentum prestasi sedia ada malah ditambah baik dari tahun sebelumnya. 

Galeri gambar semasa mesyuarat berlangsung klik di sini.
Senarai AJK PIBG 2020/2021 klik sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

238652
Hari IniHari Ini250
SemalamSemalam477
Minggu IniMinggu Ini3987
Bulan IniBulan Ini2767