Blog

Pada Rabu 19 Februari 2020, SK Seri Bintang Utara telah berlapang dada menerima kunjungan delegasi daripada 3 buah sekolah dari Indonesia. Sekolah-sekolah tersebut ialah SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare, kesemuanya dari wilayah Jawa Timur, Indonesia. Delegasi diketuai Bapak Suyanto, Kepala Sekolah SD Al-Kautsar dan Ibu Erry Nurahim, Kepala Sekolah MI Muhammadiyah 1 Kota Pare , manakala Ibu Lina Samraida mewakili SD Pembangunan Jaya Sidoarjo mengiringi kunjungan delegasi 54 murid dan 10 orang guru.
Setibanya di SKSBU, delegasi disambut dengan paluan kompang selawat, persembahan silat dan tarian tradisional. Tetamu turut berbesar hati mempersembahkan tarian nusantara mereka. Seterusnya, delegasi diberikan penerangan tentang SK Seri Bintang Utara, dibawa melawat persekitaran sekolah dan menandatangani beberapa dokumen persetujuan kolaborasi. Murid-murid yang berkunjung tiba juga dipasangkan dengan murid-murid SKSBU yang berperanan sebagai 'buddies'. Sejurus kemudian, mereka turut serta di dalam sesi pembelajaran subjek-subjek terpilih.
Pada sebelah petangnya, warga SKSBU dihiburkan dengan 6 persembahan daripada murid-murid 3 sekolah tersebut. Majlis berakhir pada jam 1 petang dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi berkumpulan. Banyak perkongsian ilmu diperoleh dan tentu sekali, memori tercipta bersama. Diharapkan ukhwah yang terjalin di antara SK Seri Bintang dengan SD Al-Kautsar, SD Pembangunan Jaya Sidoarjo dan MI Muhammadiyah 1 Kota Pare terus mekar sentiasa. 
Galeri gambar dan video program di sini.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

238667
Hari IniHari Ini265
SemalamSemalam477
Minggu IniMinggu Ini4002
Bulan IniBulan Ini2782