Blog


Selasa 30 Jun 2020 merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Siti Hanim binti Ismail, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid SK Seri Bintang Utara dalam perkhidmatan awam. Justeru, Kelab Guru & Kakitangan SKSBU telah berbesar hati merancang & menganjurkan Majlis Persaraan & Sanjungan Kasih khas untuk beliau. Majlis disambut secara sederhana demi memastikan kepatuhan kepada penjarakan sosial dan keperluan norma baru. Namun demikian, warga SKSBU bersyukur dapat berada bersama untuk menghargai jasa dan pengorbanan beliau sambil mengimbau kenangan memori lalu bersama.
Kami ucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan sumbangan Puan Siti Hanim sepanjang perkhidmatan di SKSBU dan keseluruhan 35 tahun beliau di dalam perkhidmatan awam. 

Buku program, video tribute dan galeri gambar akan menyusul...
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

266975
Hari IniHari Ini38
SemalamSemalam747
Minggu IniMinggu Ini4742
Bulan IniBulan Ini6580