Blog
Salam sejahtera.
Hasil mesyuarat pihak Pengurusan Tertinggi JPWPKL, setelah mengambil kira jumlah kes COVID- 19 yang masih tinggi di kawasan WP kuala Lumpur dan masih Zon Merah, JPWPKL meminta sekolah-sekolah di wilayah menangguhkan pemulangan buku teks dan Sijil Tamat Sekolah Rendah bagi murid-murid Tahun 6 ke Tahun 2021. Tarikh baharu akan dimaklumkan kepada para ibu bapa/penjaga untuk pemulangan tersebut.

Namun begitu, sekiranya murid ditawarkan belajar ke sekolah khusus dalam tempoh tahun 2020, dokumen yang diperlukan akan diberikan kepada murid tersebut. Bagi murid yang mendapat tawaran belajar di sekolah luar negara atau di sekolah-sekolah khusus tersebut, Ibu bapa/penjaga murid tersebut perlulah berhubung terus dengan guru kelas masing-masing.

Tarikh dalam mesej hebahan sebelum ini adalah terbatal

Harap maklum.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

355425
Hari IniHari Ini164
SemalamSemalam451
Minggu IniMinggu Ini3689
Bulan IniBulan Ini8487