SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog


Terima kasih Puan Che Norizam Bt Abdullah (Guru Besar) atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berada di SK Seri Bintang Utara. Puan Che Norizam merupakan guru besar kedua yang berkhidmat di SKSBU selepas persaraan Pn Junaidah Bt Tamby Hashim pada tahun 2015. Puan Che Norizam mula melaporkan diri di SKSBU pada 27 Julai 2015. Beliau sebelum itu merupakan guru besar SK Bangsar. Sepanjang pentadbiran di sekolah ini, pelbagai anugerah dan kejayaan telah beliau raih antaranya Tokoh Kepimpinan Guru Besar (Majlis Anugerah Guru Bestari YPC 2017), Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar 2015, Anugerah Sekolah 5 Bintang (SSQS) dan pelbagai lagi kejayaan-kejayaan lain dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Pn Che Norizam akan bertugas di SK Seri Anggerik pada sesi persekolahan akan datang. Terima kasih puan atas segala bakti dan pengalaman yang dicurahkan buat seluruh warga SKSBU. Sebagai seorang guru besar yang prihatin dan berperwatakan keibuan, kehilangan puan pastinya sesuatu yang sangat dirasai. Semoga terus berjaya di tempat baru.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

33564
Hari IniHari Ini75
SemalamSemalam81
Minggu IniMinggu Ini75
Bulan IniBulan Ini2282