Blog

29 Jan 2018 - Pada tahun ini, SK Seri Bintang Utara telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Pudu. Kejohanan telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 Januari sehingga 25 Januari 2018 yang lalu bertempat di Padang Kompleks Seri Bintang. Sebanyak 19 buah pasukan lelaki dan 16 buah pasukan perempuan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Kejohanan berlangsung dengan jayanya walaupun dalam keadaan padang yang kurang baik. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Bintang Utara, Pn Siti Hanim Bt Ismail bagi mewakili Guru Besar.

19 Januari 2018 - Program bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan membincang dan menerangkan program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah sebagai persediaan murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini telah dijalankan pada 19 Januari 2018 bertempat di Bilik Anggerik seawal pukul 8.00 pagi. Perjumpaan bersama Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah diisi dengan pelbagai agenda.


17 Jan 2018 - Program Nilam merupakan satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di peringkat sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif membaca. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Noriah Bt Ismail, Guru Besar SK Seri Bintang Utara. Dalam majlis yang sama, Panitia Bahasa Inggeris turut melancarkan Program Reading Rocks bertujuan memberi galakan kepada murid membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris. Pada tahun ini, Panitia Bahasa Inggeris akan mewujudkan Reading Box di setiap kelas. Upacara penyerahan Reading Box disempurnakan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris kepada Puan Noriah Bt Haji Ismail sebagai simbolik bermulanya Program Pembaca Bahasa Inggeris 2018. Pelengkap kepada majlis pelancaran tersebut adalah persembahan story telling oleh adik Adeena Salimee (5 Bestari).

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

266996
Hari IniHari Ini59
SemalamSemalam747
Minggu IniMinggu Ini4763
Bulan IniBulan Ini6601