SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog
5 April 2019 - Hari Bicara Ilmu merupakan peluang kepada ibu bapa dan guru kelas untuk membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak. Bagi murid-murid Tahap 2, perbincangan menjurus kepada ujian yang baru sahaja selesai dijalankan sebelum cuti pertengahan semester yang lalu. Bagi murid-murid tahap 1, tiada lagi peperiksaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perbincangan lebih kepada keupayaan murid menguasai atau tidak menguasai pentaksiran mata pelajaran yang dijalankan secara berterusan oleh guru dalam bilik darjah.  

Selain daripada perbincangan ibu bapa bersama guru kelas, turut hadir pada hari tersebut adalah AJK PIBG yang berusaha menarik ibu bapa yang ingin memberi sumbangan lebih kepada sekolah berdasarkan perincian keperluan kewangan yang dibentangkan di Laman Bestari. Terdapat juga ibu bapa yang hadir membawa pokok sepertimana yang disarankan oleh Guru Besar semasa Mesyuarat Agong PIBG yang lalu iaitu '1 Murid 1 Pokok'. 

Di Pusat Sumber Sekolah pula, Guru Pusat Sumber dan Penyelaras Bestari telah mengedarkan Kad ID kepada murid-murid Tahun 1 untuk kegunaan peminjaman buku pusat sumber dan akses laman pembelajaran maya VLE Frog.

Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini demi kebaikan anak-anak dan sekolah.

Foto sekitar program, klik sini.
Telah dijalankan pada 19 Mac 2019 (Selasa). Murid-murid sentiasa diingatkan untuk mematuhi prosedur sekiranya mendengar loceng kecemasan. Latihan kali pertama pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Foto sekitar latihan dijalankan, klik sini.

Pada 16 Mac 2019 yang lalu, iaitu hari yang sama ketika SK Sultan Idris II mengadakan lawatan ke SKSBU, satu Scrabble Workshop anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan di Makmal Sains 1. Seramai 38 orang murid dari tahun 3 hingga 6 menyertai bengkel tersebut. Bengkel tersebut diketuai oleh Encik Mohammad Ali Ismail, President Malaysian Scrabble Association dimana peserta diberi pendedahan mengenai kemahiran asas mengenai permainan Scrabble di samping mengetahui kebaikan permainan tersebut. Diharapkan lebih ramai murid-murid mempertingkatkan pengetahuan tentang permainan ini dan bukan sahaja sebagai hobi tetapi menyertai pertandingan di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.

Tahniah kepada semua peserta !

Untuk foto sekitar program klik sini. Klik juga pada pautan galeri foto dan video di sebelah kanan laman web ini untuk melihat aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

116297
Hari IniHari Ini16
SemalamSemalam233
Minggu IniMinggu Ini16
Bulan IniBulan Ini4736