SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog


12 Mac 2018 - Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Seri Bintang Utara yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Zon Pudu yang diadakan pada 10 Mac yang lalu bertempat di SK Taman Midah 2. Berikut adalah pencapaian sekolah dalam majlis tersebut.

  1. Hana Batrisyia Bt Fairuz (6 Bestari) - Johan Tilawah (P)
  2. Muhammad Afham Bin Mohd Faizal (6 Bestari) - Johan Hafazan (L)
  3. Yusuf Ashraf Bin Amran (5 Bestari) - Tempat Ketiga Tilawah (L)
  4. Myriam Khayra Bt Mohammad Azren (4 Bestari) - Saguhati Bercerita 

Tahniah! Bagi murid yang akan mewakili zon ke peringkat negeri, Selamat Maju Jaya. Semoga beroleh pencapaian yang lebih membanggakan.

10 Mac 2018 - Sempena dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Seri Bintang Utara, pihak sekolah di bawah Unit ICT dan Multimedia telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada umum khususnya kepada ibu bapa mengenai laman web sekolah yang berwajah baru dan juga saluran Youtube bagi mendokumentasikan laporan sekolah dalam bentuk video. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah bertempat di Frog Classroom pada pukul 10 pagi. Walaupun banyak sekolah telah menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dalam menyampaikan info sekolah, di SKSBU kami masih percaya laman web masih kekal relevan dengan ciri-ciri istimewanya dalam menyampaikan maklumat.


10 Mac 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ismail Bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Persembahan Gendang Cina membuka tirai mesyuarat tahun ini. Pelbagai isu telah dibincang, diambil tindakan dan diselesaikan demi kepentingan anak-anak. Turut berlangsung semasa mesyuarat ialah pelancaran laman web baru sekolah dan saluran Youtube bagi memaparkan dokumentasi aktiviti sekolah dalam bentuk video.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

51094
Hari IniHari Ini75
SemalamSemalam99
Minggu IniMinggu Ini805
Bulan IniBulan Ini1716