SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

18 Februari 2019 - Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM melalui 'Program Jom ke Sekolah' telah dilancarkan secara serentak seluruh negara pada 18 Februari yang lalu iaitu pada waktu perhimpunan mingguan. Program ini merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah bertujuan menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.


31 Januari 2019 - Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun pada tanggal 01 Februari. SK Seri Bintang Utara turut sama meraikan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 bertemakan 'Sayangi Wilayahku'.  Pada sambutan kali ini, Ketua Panitia Sejarah, Encik Mohammad Taufiq telah mengambil kesempatan menceritakan sejarah Wilayah Persekutuan dan keistimewaan Wilayah. Berdasarkan fakta dan maklumat yang disampaikan melalui penceritaan beliau, murid telah diberi peluang untuk menjawab beberapa soalan kuiz. 

Klik sini untuk melihat suasana sambutan.

31 Jan 2019 - SK Seri Bintang Utara sekali lagi menjadi tuan rumah untuk tahun yang kedua dalam penganjuran Kejohanan Bola Baling peringkat Zon Pudu. Kejohanan berlangsung selama 4 hari bermula pada 28 Jan sehingga 31 Jan 2019. Kejohanan kali ini melibatkan 21 buah pasukan lelaki dan 17 buah pasukan perempuan. Tahniah kepada jawatankuasa yang bertugas dalam memastikan kejohanan berjalan dalam suasana yang lancar dan tersusun. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Kejohanan pada kali ini menunjukkan kehebatan SK Jalan Peel yang meraih kejuaraan berganda apabila memenangi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Klik sini untuk melihat aksi-aksi perlawanan yang berlangsung semasa peringkat separuh akhir.
Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

145718
Hari IniHari Ini266
SemalamSemalam239
Minggu IniMinggu Ini505
Bulan IniBulan Ini2881