SK SERI BINTANG UTARA
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92838284
No Faks : 03-92838278
Emel : gurubesar@sksbu.com

Masa Urusan Pejabat Sekolah

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tgh
2.00 - 5.00 ptg
Jumaat
8.00 pagi - 12.00 tgh
2.45 -5.00 ptg
Blog

01 Feb 2018 - Tahniah kepada murid-murid KAFA SK Seri Bintang Utara yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang telah diumumkan pada 29 Januari (Isnin) yang lalu. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan jangan berputus asa. Lakukan yang terbaik dalam menghadapi peperiksaan seterusnya.

Foto sekitar Majlis Pengumuman di sini


30 Jan 2018 - Pada hujung minggu yang lalu, Pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Kem Kepimpinan Sekolah dengan penglibatan hampir 170 orang peserta. Penglibatan peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Jawatankuasa Tertinggi Badan-badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan. 


29 Jan 2018 - Pada tahun ini, SK Seri Bintang Utara telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Wilayah Pudu. Kejohanan telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 Januari sehingga 25 Januari 2018 yang lalu bertempat di Padang Kompleks Seri Bintang. Sebanyak 19 buah pasukan lelaki dan 16 buah pasukan perempuan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Kejohanan berlangsung dengan jayanya walaupun dalam keadaan padang yang kurang baik. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Bintang Utara, Pn Siti Hanim Bt Ismail bagi mewakili Guru Besar.

Di Seri Bintang, Pembelajaran Melangkaui Sempadan

Kekal Berhubung Bersama Kami

Segala komunikasi dan penyampaian maklumat SK Seri Bintang Utara adalah melalui laman web ini, surat-menyurat dan juga aplikasi Whatsapp sahaja . Pihak sekolah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

Statistik Kunjungan

64409
Hari IniHari Ini132
SemalamSemalam219
Minggu IniMinggu Ini578
Bulan IniBulan Ini3401